28 December 2009

Sinar Emas di Laos

Bola dapat emas di Laos!..oh dah lapuk la.
Aku bukan lah peminat besar bola sepak, bukan juga kaki bola yang pandai bermain bola padang mahupun futsal..of course la kan..saya wanita yang lembut..hahaha
Tetapi aku antara rakyat Malaysia yang selalu menyokong bola sepak Malaysia walau berbakul cacian dan hinaan dilemparkan..aku adalah antara ribuan rakyat Malaysia yang menyaksikan perlawanan separuh akhir Malaysia-Laos..dan final Malaysia-Vietnam..
mungkin atas dasar terlalu sayangkan Negara.

Terjerit-jerit la minah sorang ni setiap kali nak gol or dah gol..but perasaan paling seronok masa gol emas dijaringkan dan pengadil tiup wisel tamat perlawanan..yup I’m so happy! Yippiiii……
Tak kisah la gol pondan ke, gol tak cantik ke..yang penting menang..
Mana lebih bagus? Gol tak cantik untuk kalah or gol tak cantik untuk menang?
Lantak la yang penting menang..Enough…
Bola kan bulat!


Terimalah lagu ini...

Setiap hariku tulis
Yang Ku telah jatuh cinta
Tapi ku rasa bersalah
Tidak ku nyatakan ... padamu....

Adakah engkau merasa
Apa yang sedang kurasa
Kepada tancap asmara
Harapnya kau dah terima

//Chorus
Maafkan aku kerna menyintamu
Maaf jikaku tak padan denganmu
Tapi ku berjanji
Kau juita hati
Akan ku jaga hingga akhir nanti

Maafkan aku terus memujamu
Maaf aku yang terlanjur merindu
Didalam hujan renyai
Aku mengintai langit
Mengharap engkau akan setuju
Menyintai aku....

Menyanyi dan bisikkanlah sayang
Baiknya kau dalam jiwa
Tak tahan rasanya menanggung kasmara
Agar dapatku lelapkan mata...
Mengkhayalkanmu, bermimpikanmu sepanjang malamku...

Mengintai Langit
Coco

23 December 2009

My heart at Copenhagen


Di saat ini sudah berlalu UN Climate Change Conference di Copenhagen.
Isu ini pernah dibahaskan dalam DAS 09..
usulnya “Perdagangan Karbon Menjual Alam Sekitar”
Sewaktu berdebat usul ini, persidangan Copenhagen antara yang disebut-sebut dalam mencari konklusi kepada perjanjian jual beli karbon yang melibatkan Negara membangun dan Negara maju. Usul pusingan ke-6 yang membuatkan aku benar-benar pening kerana langsung tak faham benda alah ni…
adakah boleh kita menjual karbon? Adohai.. Dan sekarang sudah berakhir apa yang ditunggu-tunggu
namun ternyata telahan kami benar… Hasilnya tidak memberangsangkan dengan sikap Negara maju yang acuh tak acuh dalam memberikan dana untuk pemulihan kerosakan di bumi.

Perdagangan karbon terkandung dalam intipati persidangan Copenhagen dalam usaha dunia membendung pemanasan global…tetapi pada dasarnya, aku merasakan ia lebih kepada mengheret Negara maju bertanggungjawab di atas masalah global ini… Ini bukan perkara main-main… Bagi Negara-negara miskin di tanah rendah, seperti Bangladesh, Afrika Selatan mahupun Negara di kepulauan Maldives
ini persoalan hidup dan mati mereka.

Secara ringkasnya, perdangan karbon tercetus dari Protokol Kyoto yang dirangka pada 1988 selepas kejayaan Protokol Montreal yang bertindak mengawal pelepasan gas CFC dan bahan kimia lain. Namun Protokol Kyoto dilihat lebih signifikan kerana ia digerakkan melalui dua bentuk mekanisme iaitu insentif kewangan dan inisiatif teknologi mesra alam… di bawah insentif kewangan lah perdagangan karbon ini diasaskan. Perdagangan karbon pada asasnya dimajukan dari perdagangan pelepasan sebatian sulfur di AS yang Berjaya mengatasi masalah hujan asid pada tahun 1990 melalui Akta Udara Bersih 1990.

Maka perdagangan karbon mengkehendaki Negara maju yang menandatangani Protokol Kyoto mengurangkan jumlah pelepasan karbon bermula pada 2008 hingga 2012 pada tahap karbon yang lebih rendah berbanding pada tahun 1990…

bagaimana urusan jual beli karbon dilaksanakan?
Begini, Negara maju akan mengeluarkan dana dan diberikan kepada Negara menbangun untuk digunakan bagi melestarikan pemulihan hutan yang merupakan bekalan oksigen dunia dan penyerap karbon. Walaubagaimanapun perdagangan karbon lebih dari itu… ada juga istilah cap-and-trade, baseline-and-credit dan off-set trading yang bakal membuatkan kita pening kepala. Tetapi cukup untuk kita faham ia adalah proses jual beli yang cuba mengimbangi pelepasan karbon dan oksigen supaya pemanasan global dapat dikurangkan.

Ironinya perdagangan karbon ini adalah hukuman kepada Negara maju diatas kerakusan mereka sebelum ini memusnahkan hutan dengan tiket kemajuan sehingga begitu banyak bencana diterima penduduk dunia. Bagi Negara membangun ambillah iktibar, dalam kita mengejar kemajuan alam sekitar perlu diutamakan. Dana yang diberikan adalah hak alam sekitar untuk dipulihkan semula.
“Jika pohon terakhir telah ditebang,
Jika sungai terakhir telah tercemar,
Jika ikan terakhir telah ditangkap,
Baru manusia akan sedar,
Bahwa mereka tidak akan bisa makan wang.”

Putu Meidy Hartawan
Sekretaris PD KMHDI Jawa Timur

21 December 2009

Bung Mokhtar yang menggelikan hati


Aku baru meneliti bingkisan dari akhbar kosmo tentang wakil rakyat dari Sabah ni,
gossip perkahwinan dia dengan Zizie isu panas sekarang ni..

tapi sebenarnya Bung Mokhtar lebih hangat dari itu di Parlimen.
Keletah dia selalu buat aku gelak besar dekat rumah bila tengok laporan dari Parlimen.
Gila bengong perangai wakil rakyat yang sorang ni…sangat berani.
Masa mula-mula along aku cakap gossip pasal Zizie,
aku ingatkan Datuk Mohammad Aziz dari Sri Gading..
Tapi orang sabah terus terbayang muka Bung Mokhtar, orang Sungai yang putih macam cina..
Apalagi gelak sakan la aku..hahaha

Isu peribadi dia aku tak berapa berminat tapi tulisan kosmo tentang
kelantangan dia di Parlimen memang seronok dibaca..link kosmo here
Dia mengingatkan aku dengan debat…and my teammate Martin, also from Borneo
Dia pembahas ke-3..memang kental membidas, kadang-kadang keluar ayat yang bukan-bukan sampai hakim terbahak-bahak gelak..aku pun macam nak berguling.

Mereka ni jenis selamba and berani tak kisah la ayat apa pun nak guna, dah tu yang terlintas dalam kepala cakap aja la..tak ada nak berkias-kias..hambek ko!
Dapat pula gelaran-gelaran ajaib dari pembangkang..Bigfoot dari Karpal Singh and Orang Utan dari Lim Kit Siang..dalam debat pun lebih kurang saja warna-warni perbahasan.
Tetapi orang-orang seumpama ini sensitif isu-isu yang kita kurang ambil pusing seperti persoalan tentang program Mencari Cinta oleh Bung Mokhtar sendiri dan isu iklan potong P1 Wimax oleh Mohamad Aziz..

Fikir-fikirkan



my last team di DAS 09-UTP

ini dia martin yang bersemangat waja!

baru aku sedar susa nak cari gambar debat yang ok coz aku jarang bergambar masa gi debat..

huhu..abaikan la gambarku yang kurang cun itu.

14 December 2009

Riang Ria~lalala

Puteri Nur Sumaiyyah-5 bulan++
.
.
.
.
.
.
.
n lastly..actor korea mls potg rmbut!

Sekian...