29 September 2010

Berhijrah di bulan Syawal

Dikala ini saya rasa berdebar2..kadang2 rasa risau dengan keputusan ni. Tapi saya dah decide untuk pergi.. Yup, saya dah resign, notice 1 month...27hb Sept 10 last day saya di BRINFO as multimedia executive. If ikut target asal, saya mahu bekerja sekurang2nya 2 tahun di sini tapi dah dapat rezeki lain, saya akur. Saya amat memilih kali ini, tak macam masa mula2 habis belajar dulu, semua interview mahu pergi. Ramai juga tanya, kenapa berhenti? BRINFO tak ok ke? eh tak ada la..i'm still young. Seharusnya saya memberi peluang pada diri mengumpul pengalaman bekerja sebanyak mana saya mahu..boleh ke begitu? boleh saja..


Dan soalan wajib semua orang bila saya resign..dapat kerja di mana? Owh, ok..orang2 tertentu jek tahu saya dapat kerja di mana..means company apa. Cukup saya kata saya selesa dengan apa yang mereka mahu lakukan..saya rasa dekat dengan Islam..walaupun realiti sebenar masih kabur. Tapi yang pasti setiap hari saya akan dengar azan dari Masjid Negara. Menarik kan..ok, jangan terlalu berharap..sebab kalau ofis saya kedap udara..apa kes? hahaha..dalam offer letter tertulis.."sebagai sebuah .............. pekerja2 wanita dikehendaki memakai pakaian menutup aurat"...hehe. Insya-Allah, hujung tahun ni or awal tahun depan semua tahu la saya kerja di mana...saya bukan bekerja di jabatan agama islam yer..jangan salah faham pula.

20 September 2010

Akhirnya saya bertunang ;-)

Wow!...title yang jujur.

Assalammualaikum sekalian alam, Alhamdulillah..bersyukur tak terhingga kepada Allah swt dengan setiap detik kebahagian yang telah saya lalui. Rupa2nya, tahun ini tahun ke-6 saya dan hafiz berkawan (nanti mesti hafiz cakap "kawan jek?")..hehe

Akhirnya kami cukup bersedia berbicara soal masa depan. Mengenali Mohd Hafiz adalah pengalaman indah saya..seorang yang cukup bersahaja, cool dan agak pemalu>hahahahaha...dia tak romantik tapi sangat menyenangkan. Setiap detik-detik yang kami lalui tak kira yang manis mahupun pahit..masin sekalipun biarlah menjadi kenangan yang mendewasakan.

Cerita pasal pertunangan memang banyak yang boleh dikongsi. Sangat meletihkan, macam nak patah riuk tulang2 saya. Hantaran semua saya buat sendiri, yang paling susah dan mencabar buat sirih junjung..Tak pernah buat and akak or mak pun tak pandai buat, jadi hentam jek la..konon2 tiru mag, sampai 3 pagi siapkan sirih junjung. Jadi tak mustahil mata saya sangat tried, make-up pun susah nak cover. Gambar di bawah bersama cousin yang make over saya. Bila tengok cermin saya terkejut, anak2 buah tengok dia kata..hantu!!!..hahaha.


Memang betul orang kata, bila kita sendiri yang uruskan majlis kita, mesti puas hati bila tengok hasilnya...sampaikan kek coklat untuk hantaran pun saya buat sendiri..rajin tak? haha..


Sporting tak anak sedara saya? cepat2 ambik gambar dengan Andak..susun ikut ketinggian. Dapat idea ni masa sembahyang jemaah sama2..tergelak2 tengok diorang macam tangga. If Sumayyah ada pun menarik jg tapi dia tidur masa ni.

Tak banyak gambar pun dalam kamera sendiri, yang lain2 banyak pada my uncle..bila diperhatikan betul2, gambar sarung cincin pun saya tak ada kan..wahaha..apatah lagi gambar bersama tunang. Gambar di fb pun gambar yang sama jek..ok macam ni, once saya dapat gambar from my uncle tu saya update di blog..konon2 ramai nak tngok la..aduhai nape la perasaan sangat ni..;-/

02 September 2010

Cinta-cinta Ramadhan

Takdir
Melly ft Opick

dihempas gelombang dilemparkan angin
sekisah kubersedih kubahagia
di indah dunia yang berakhir sunyi
langkah kaki di dalam rencana-Nya

semua berjalan dalam kehendak-Nya
nafas hidung cinta dan segala-Nya

dan tertakdir menjalani segala kehendak-Mu Ya-Robbi
ku berserah ku berpasrah hanya pada-Mu Ya-Robbi
dan tertakdir menjalani segala kehendakMu Ya-Robbi
ku berserah ku berpasrah hanya pada-Mu Ya-Robbi

bila mungkin ada luka coba tersenyumlah
bila mungkin tawa coba bersabarlah
karena air mata tak abadi
akan hilang dan berganti ( hilang kan berganti )

bila mungkin hidup hampa dirasa
mungkinkan hati rindukan Dia
karena hanya dengan-Nya hati tenang
damai jiwa dan raga

dan tertakdir menjalani segala kehendak-Mu Ya-Robbi
ku berserah ku berpasrah hanya pada-Mu Ya-Robbi
dan tertakdir menjalani segala kehendak-Mu Ya-Robbi
ku berserah ku berpasrah hanya pada-Mu Ya-Robbi
hanya pada-Mu Ya-Robbi

Terkadang saya pernah terfikir, mengapa begitu banyak dugaan Allah swt berikan kepada saya..sehingga kadang2 saya rasa tak mampu menanggungnya seorang..dan disaat2 saya mahu merasa bahagia, semakin banyak dugaan Allah swt berikan..Tapi mungkin saya manusia cepat alpha, kerana tak akan mungkin tuhan memberi dugaan sekiranya saya tak mampu menanggungnya..dan akhir2 ini juga hati saya sangat tersentuh memikirkan begitu banyak doa dan harapan yang saya tadah kepada-Nya dimakbulkan. Selama ini saya tak nampak dengan jelas pada doa2 yang dimakbulkan kerana mungkin ia dimakbulkan pada keadaan atau bentuk lain tapi ia masih mengajar saya erti bersyukur dengan setiap pemberian-Nya.

Terkadang juga saya rasa begitu malu kerana terlalu banyak meminta sedangkan ibadah saya pada-Nya masih tidak setimpal dengan apa yang saya minta pada setiap doa..tetapi Allah swt masih makbulkan doa saya..di malam2 terakhir Ramadhan ini semoga saya diberi peluang dan kekuatan untuk terus beribadah kepada-Nya....