12 December 2010

Lembaran Terpanjang

Assalammualaikum...
Lama betul tak jenguh blog ni...tak ada masa pun nak layan awak wahai blog. Seperti kelaziman banyak yang dah berlalu, kenangan2 dalam hidup yang penuh keajaiban, debaran, kejutan...setiap hari adalah lembaran baru sebuah buku kehidupan insan milik pencipta teragung, Allah SWT..aku mahu sentiasa dekat kepada sang Pencipta, kerana itu aku memilih jalan ini...moga2 diredhai.

Minggu launching yang amat memenatkan sudah berakhir..seperti biasa pasti pahat berbunyi selepas rumah siap. Tapi bagi aku yang baru kenal dunia ni, ok jek..wahaha. Rasa berbaloi tiga hari balik lewat, pening2 lalat sampai rumah malam2 buta..dari tolong kerja2 branding sampai la stay back for Dry Run sebab jadi usher VVIP..orang cuti public holiday kami masih di puncak komplek pusat islam..memandang terus ke menara masjid negara dan bangunan2 di KL yang sentiasa sudi menemani..alhamdulillah semua berjalan lancar.

Hari ulang tahun abang yang ke-27, 5 Disember lalu rupanya juga hari kehilangan adik seorang rakan di universiti dulu..memang sangat mengejutkan..masa tu memang sangat sibuk untuk dry run n prepare launching..Takziah buat keluarga Tie dan Al-Fatihah buat arwah..aku pernah merasa kehilangan orang tersayang juga seorang adik tapi tak dapat digambarkan perasaan Tie ketika itu sebab lebih memedihkan dan memeritkan situasinya..semoga tabah menghadapi dugaan ini.

Sejak tukar kerja baru ini aku bertekad nak rajin membaca lebih2 lagi novel/buku english..ternyata yang aku sambar pasti novel bahasa lebih ajaib semua dari negara seberang nasib baik sudah diterjemah..novel2 cinta memang dari dulu tak mampu nak menelaah maka novel2 pilihan aku pasti dianggap berat oleh sesetengah orang..novel pertama yang dah pikat hati ini adalah "Negeri 5 Menara"..yup, aku memang suka membaca kisah sebenar, Menariknya novel ini tentang sekolah pondok moden di Jawa Timur..ini adalah novel keagamaan, sebuah trilogi dari A.Fuadi. lima bintang untuk novel ini..saya memang suka novel sebegini..yippi!..membaca juga mampu menghilangkan kebosanan menunggu tren komuter 10 speed auto itu, lebih bagus dari mengira batu2 kelikir di landasan.

Sekarang sedang membaca "Laskar Pelangi" karya Andrea Hirata, yang membuatkan aku tergelak sorang2 di platform..ia bukan sebuah novel lawak tapi kisah hidup para anggota Laskar Pelangi, belum habis dibaca maka kurang ulasan (apahal pulak nak ulas..hahaha)..Membeli novel ini kerana terpengaruh dengan ulasan senior debatku..hurm, memang menarik.

Owh, perkahwinan saya pula..tiada perkembangan terkini..

Saya mahu letak kata2 Imam Syafii dalam blog yang sepi ini..ianya adalah lembaran pertama sebelum bab 1 dari novel Negeri 5 Menara..sila hiasi blogku ini dengan semangat.

Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang
Merantaulah, kau akan dapatkan pengganti dari kerabat dan kawan
Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang

Aku melihat air menjadi rosak kerana diam bertahan
Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, akan keruh mengenang....

Next para at "Negeri 5 Menara"..ceh dah macam promote pulak..

-Sekian-