10 March 2011

Gelek-gelek telur

Tetiba nak berblog pulak...sebenarnya ada terfikir nak hapuskan jek blog ni sebab...entah.apsal ek? Ala biar jek la kan..tetiba rasa nak berblog boleh la menaip di sini. Sekarang ini mood preparation kahwin tinggi sedikit jadi dengan rajin saya membuat checklist betul2. Yang ni betul2 punya..walaupun nak kahwinnya lambat lagi, means lagi lambat dari schedule 2 sahabat saya, ok masuk Dydy 3 sahabat saya..yippi!!!

Hantaran boleh kata dah settle la, beli pun sikit2 lama2 jadi bukit dalam almari..eceh. Bab hantaran ni boleh dikatakan kegemaran warga wanita untuk semak tahap cantik bergaya juga jenamanya. Last year teman Dydy survey2 baju nikah dia, dengan penerangan cukup jelas tentang impian baju nikahnya yang mahu berlabuci awan larat-betul ke namanya...aku pun ajak gi Jakel. Lepas2 tu singgah sogo pula usha2 barang hantaran. Disebabkan pengetahuan am tentang jenama antarabangsa yang agak rendah maka saya begitu teruja dengan sebuah beg wanita berjenama Renoma, yes cantik dah ni..mantap warnanya. Lantaran itu Dydy menyapa, 'Dila tak kan nak beli beg jenama seluar dalam lelaki?'...salah ke? Ok, saya tak tahu pun itu jenama terkemuka (popular sudah) seluar dalam lelaki, hafiz pun tahu. Sebenarnya yang penting barang tu cantik..tak apa la kan, sebab banyak barang dikeluarkan dalam satu jenama.hahaha...ceh cakap jek lebih.

Cantik kan rumput dia..suka sgt!

Tapi pada hari sebenar membeli beg aku tak beli pun beg tue..beli yang jenama dia agak panjang sikit..bila sebut tu memang best la..ala2 Amerika latin gitu ke France? ala2 sesedap menyebut nama Fernando Lopez.hahaha..mental! Nak dijadikan cerita kasut pun terbeli jenama sama la pulak..hafiz cakap macam beli dekat katalog..sepasang gitu. Padahal beg beli dekat sogo, kasut dekat JJ. Tapi lepas beli kasut tetiba terpandang di bahagian dalaman wanita..owh ada jenama itu juga..lalalala~

Sebelum terlupa jangan ketinggalan weekend ni 12 dan 13 Mac ada audition bakat baru di TV AlHijrah dari jam 10 pg-5 ptg..bertempat di Pusat Penyiaran Digital TVAH..bersebelahan Masjid Negara..sampai jek Masjid Negara nampak bangunan kuning (Kompleks Pusat Islam) sebelah tue besar terpampang signboard TV AlHijrah..daki la penuh tabah tangga untuk sampai ke puncak tapi sekiranya pintu gerbang tutup guna pintu belakang. Saya on duty Sabtu..sila datang beramai2, mungkin anda yang kami cari. layari www.tvalhijrah.com untuk makluman lanjut.