22 September 2012

Kisah cinta hati ;-)


Alhamdulillah, sekarang usia kandungan memasuki minggu ke-32. Hari ni keadaan saya kurang memuaskan, malam tadi tak lena tidur. Semua posisi tidur tak membahagiakan, mengiring kanan tak kena, terlantang pun tak best, ke kiri pun tak selesa. Sian suami berkali kali terjaga sebab saya gelisah sangat malam tadi, dia risau saya kejang kaki macam biasa. Bangun pagi rasa perit and macam tegang bahagian kanan perut. Sungguh tak selesa, nak mandi pun rasa nak membongkok jek. Ada rasa bonggolan keras dekat perut bahagian kanan ni, tak tahu la kepala ke, punggung or kaki baby. Husband dah risau, saya refuse nak pegi check pagi tadi sebab saya rasa insyaAllah tak ada apa2.

Sampai office bila berjalan memang rasa sakit, so akhirnya decide pergi klinik panel untuk check baby. My colleague yang pregnant juga teman, sesuai la tu dua2 mak buyung bawa perut besar, both dah 8 months. After scan, doc cakap my baby breech, yang sakit tu sebab kepala dia menolak. Actually, masa scan week 29 pun doc dekat kk cakap baby breech. Suppose baby dah start ada dekat bawah, tapi my baby still belum turun. Baby kalau still songsang sampai cukup bulan, doc akan advise to do caesarean la. But my baby type breech sekarang is frank breech so boleh jek nak bersalin normal, punggung keluar dulu..huwa2, apakah itu? tapi kena tengok juga saiz pelvis muat ke tak. Ok, i dont want to be stress sebab hal ni, yang penting baby selamat and sihat walaupun seluruh jiwa raga ni berharap dapat lahirkan baby secara normal yang kepala keluar dulu yer. Tapi yang buat saya resah gelisah adalah kerana saya sakit ketika berjalan. Kena jalan perlahan2 macam dah dalam pantang pula. Saya kelihatan sepert ibu yang begitu lemah ketika pregnant, nak solat pun duduk dekat bangku jek.

Ramai yang bagi sokongan, doc pun nasihat saya selalu bercakap and pujuk baby suruh dia turun bawah. Ada juga google, antara tipsnya buat latihan sujud and suluh kan cahaya pada bahagian ari2. Saya akan terus berusaha selain sentiasa berdoa Allah beri kekuatan, masih ada sebulan untuk beri peluang baby turun and engage into pelvis. Mommy won't push u syg, perlahan2 yer awak cari jalan.