27 April 2010

Hi April!

Dah last week April br nak hi2..sangat lambat saya ni
Di bawah adalah hasil kerja untuk bulan April
5 orang jek staff lahir bulan 4..
Rajin pulak nak buat design lain2.
Saya agak berpuas hati dengan hasil bulan ini..








Saya baru beli punch bear di Daiso.
So excited guna..semua kad kalau boleh nak letak bear.
This month besday my bf..hehe
Tak da kad pun untuk dia..teruk tak saya?..hahaha
Sabar yer sayang...sedang berusaha.
This weekend nak jumpa kawan2 comel saya
Dayang, Iylia, Noddy, Farah, Ika and Natra.
Yippi!!!

05 April 2010

Orkid Jingga

Mood saya kurang baik sejak dari awal tahun.
huish lamanye..eh maybe last 2 week till now.
Macam tak ada idea jek nak buat apa2..
banyak makan maggi ke jadi lembab macam ni..erk! mana ada.
di bawah adalah kad untuk bulan Mac..
kecik cenonet betul macam tak ikhlas jek nak letak kat post..hahaha
saya mula berfikir sejak akhir2 ini tentang kerjaya saya.
saya selalu kekurangan idea..saya sibuk mencari tahu kenapa jadi begini.
saya terfikir adakah bagi orang lain kerja2 kreatif seperti menaip semula sebuah novel
hurm...boleh muntah kot, lagi2 novel cinta 20 juzuk, 5 ribu pages..heee gerunnye.
apa2 lah..semua kerja pun bukan mudah.

saya juga sedang jeleskan hakkim, kanak2 dalam gambar di bawah
dia sedang melalui zaman gembira kanak2nya..
Nape nak jeles pulak, dulu pun aku dah rasakan..
owh, memang bestkan..kalau kena marah or pukul nangis jek la..
besok2 buat lagi...masalah pergi begitu sahaja masa tido.
besok bangun dengan semangat baru nak main dekat taman..huh


Menggembirakan kanak2 akan buat kita gembira juga..percaya lah!

Saya prihatin!

Fikir dulu sebelum buang!



Owh..Happy Belated Birthday to my frens
saya doakan kesejahteraan mereka.


korang comel kan gambar ni ;-)

Maizatul Farahah - 4 April
Nadiatul Nazifah - 30 March

2010 kita dah 24 rupanya..macam mana aku boleh terkebil2 fikir kita masih 23..hahaha..
memang kompem tak stabil!

Dengan ini saya telah berhutang 3 keping kad!

Sekian terima kasih!

02 April 2010

Seroja Putih

Takziah buat keluarga Allahyarham Din Beramboi.
Kehilangan yang mengejutkan aku pagi tadi sewaktu dengar Hot.
Selalunya pagi2 aku dengar Era sebab suka sawancara.
Petang nak balik baru dengar Hot sebab suka jaja-warangers.
Tapi this week diorang tak da dekat konti..so dengar la Hot lagipun jawarangers best.
Dulu awal2 Arwah di Era, aku susa nak terima lawak dia..rasa macam gila sangat.
Dah lama2 rasa best..topik2 pagi era pun lagi best,
biasa la Pak Nil memang tak mengecewakan.
Arwah memang selamba..memang gelak jek dalam kereta dengar dia merepek2.
Memang terasa la bagi yang selalu dengar Era pagi2.

Raja Lawak 4 pun aku follow sebab ada dia.
suka nak dengar dia marah peserta yang memang entah2 apa2 tu.
Final Raja Lawak, I can see his face at stage..
dia merenung semua penonton seperti merakam kenangan malam tue.
Yup, ini kemuncak kerjayanya..Komen yang aku tak lupa
"Alex, kalau saya tiada lagi di radio era, awak ganti tempat saya"
dia sangat serius masa tue..mata pun nampak sayu dan berkaca.
Afdlin bangun and says "Tak tau pulak ko nak berhenti dari radio era"..
dan semua gelak..Arwah cuma senyum..he means it.
Kuasa Allah, siapa kita untuk menghalang segala ketentuan-Nya.
Be strong ok!

p/s: DJ era pagi ini merepek2 jek..jawarangers juga tahu handle kisah2 sedih ni..
p/s/s: tak perlu la cite pasal makan then gelak2 pulak..confius betul!


Al-Fatihah kepada Mior Ahmad Fuad Mior Badri