16 October 2012

36 weeks..breech dilema

Ya Allah, breech ni satu dilema ke? huhu..or ibu bernama Fadilah ni jek yang selalu berasa tak tentu arah bila baby still songsang walaupun dah masuk 36 weeks ni. Saya memang ada kawan2 yang lahirkan baby secara cser because baby breech so sepatutnya saya tak perlu rasa tak best macam sekarang ni. Bila fikir2 maybe sebab saya terlalu berharap dapat lahirkan baby secara normal, saya nak sangat merasa pengalaman contraction, meneran semua tue..sampai satu tahap saya jadi sebak sangat bila fikirkan baby still tak nak turun lagi. Mengalir juga la air mata ni, saya pun jadi confius kenapa la saya nak sedih sangat..kan yang penting baby kita selamat dan sihat, tak kira la bersalin normal or cser.

Masa 4 months dulu doc pernah detect saya ada cyst, masa tu saya rileks jek. Tak terlalu risau pun,saya positif yang cyst tu tak bahaya and akan mengecut bila baby makin besar. Saya rujuk pakar di pusrawi hal cyst, she told me everything ok jek don't worry. Ok, kes cyst and breech which one patut lebih sedih, huhu.

My husband nak ajak balik melaka this weekend, akak ipar saya bagitahu ada imam ni boleh tolong. Dia just pegang perut and baca doa dengan ayat Al-Quran. Ada kawan akak ipar saya cuba alhamdulillah menjadi. Saya tak tahu la nak try ke tidak, lagipun this weekend ada wedding. 22hb appointment dengan gynae dekat umra, if baby still breech we'll discuss and choose date for caesarean.

Saya ni masih berharap baby akan turun, walaupun 22hb ni baby still breech and dah pilih date saya masih berharap a day saya nak bersalin baby suddenly engage. Amin..

11 October 2012

Kurnian terindah :-)

Di hari yang indah ketika semua teammate saya ke melaka melayan press untuk shooting telemovie haji ni saya dan rakan-rakan lain bergumbira melawat newborn baby dekat hospital angkatan tentera tuanku mizan..kelas kan hospital ni. Hospital yang besar and cantik tapi sunyi sebab tak ramai patient.


Actually Pn.Ina ni teman sehamilan saya..pelik benor bunyinye kan. We both pregnant selang 2 weeks jek..now im 35 weeks, dia dah 37 weeks..and dah bersalin dengan jayanya!..we share many thing together, dari mabuk sama2 masa fisrt trimester sampai lah discuss preparation nak bersalin, bf and banyak lagi la..every morning selalunya saya akan share breakfast dengan dia. Tapi ina ni iron lady sikit, sangat bertenaga dan cergas. Badan pun comel jek, dikala diriku dah naik 13kg, dia just naik around 6-7kg jek sampai masa bersalin. Masih bertenaga drive ke office dengan perut besar, dah la kereta manual, tak power steering pula..ok memang isteri askar macam ni ke?


Saya? hehe, 8 months husband dah start hantar. Comelkan baby dia, Mohd Ammar..nanti boleh kawan dengan baby auntie. Ina ni bersalin bagi saya sangat mudah, pagi semalam dia sms tanya saya dah sampai mana, dia ada bawa lontong for us for breakfast..then suddenly inform, 'i rasa macam dah nak bersalin la dila'..apakah budak ni, biar betul kan. Sampai office terus tunjuk panty liner dia penuh darah, means dah kuar tanda bersalin 1) darah n lendir. Masih di office dan boleh lagi naik turun tangga hantar kontrak dekat level 3. Dia rasa nak ke hospital petang but her husband dah risau pick-up dia around 11 am..12.30, ina sms minta saya call..ok aku yang berdebar terlebih masa ni. Rupanya nak cerita nurse cucuk tangan sampai lebam and kena tahan ward sebab tanda bersalin 2) air ketuban dah keluar. Dia still belum ada rasa contraction lagi, and tak ada bukaan lagi. Around 4 pm, saya sms tanya dah sakit2 belum..officemate semua jangka malam or esok pagi dia bersalin but 6 pm..this mommy call me inform dia dah bersalin around 5 pm tadi. Lepas bersalin tak penat ke mak cik oi..boleh call aku cerita pasal bersalin tadi macam cerita baru lepas sembelit jek.

Ok this is amazing..huwaaa!!! bersalin tue semudah ABC ke. Ina cakap tak sakit sangat, just masa contraction kuat tu dia rasa pinggang sangat sakit macam nak tercabut tapi tarik nafas dalam2 and tenangkan diri sakit tu akan berkurang. Masa jahit pun dia cakap macam rasa kena gigit semut jek masa jarum cucuk kulit tue..erk. Saya tak tahu nak cakap apa la, tapi rezeki masing2 la kot experience bersalin ni. Ada yang mudah, ada yang berjam2 menahan contraction..bukaan 1 cm pun ambil masa berjam2..so bersyukur la ina bersalin mudah, baby pun comel jek 2.68kg.

Saya pun berharap and berdoa senang bersalin juga, petang ni checkup, hopefully baby dah turun bawah. If still breech lagi saya doa yang terbaik jek untuk saya and baby, jika ini yang terbaik saya redha.

22 September 2012

Kisah cinta hati ;-)


Alhamdulillah, sekarang usia kandungan memasuki minggu ke-32. Hari ni keadaan saya kurang memuaskan, malam tadi tak lena tidur. Semua posisi tidur tak membahagiakan, mengiring kanan tak kena, terlantang pun tak best, ke kiri pun tak selesa. Sian suami berkali kali terjaga sebab saya gelisah sangat malam tadi, dia risau saya kejang kaki macam biasa. Bangun pagi rasa perit and macam tegang bahagian kanan perut. Sungguh tak selesa, nak mandi pun rasa nak membongkok jek. Ada rasa bonggolan keras dekat perut bahagian kanan ni, tak tahu la kepala ke, punggung or kaki baby. Husband dah risau, saya refuse nak pegi check pagi tadi sebab saya rasa insyaAllah tak ada apa2.

Sampai office bila berjalan memang rasa sakit, so akhirnya decide pergi klinik panel untuk check baby. My colleague yang pregnant juga teman, sesuai la tu dua2 mak buyung bawa perut besar, both dah 8 months. After scan, doc cakap my baby breech, yang sakit tu sebab kepala dia menolak. Actually, masa scan week 29 pun doc dekat kk cakap baby breech. Suppose baby dah start ada dekat bawah, tapi my baby still belum turun. Baby kalau still songsang sampai cukup bulan, doc akan advise to do caesarean la. But my baby type breech sekarang is frank breech so boleh jek nak bersalin normal, punggung keluar dulu..huwa2, apakah itu? tapi kena tengok juga saiz pelvis muat ke tak. Ok, i dont want to be stress sebab hal ni, yang penting baby selamat and sihat walaupun seluruh jiwa raga ni berharap dapat lahirkan baby secara normal yang kepala keluar dulu yer. Tapi yang buat saya resah gelisah adalah kerana saya sakit ketika berjalan. Kena jalan perlahan2 macam dah dalam pantang pula. Saya kelihatan sepert ibu yang begitu lemah ketika pregnant, nak solat pun duduk dekat bangku jek.

Ramai yang bagi sokongan, doc pun nasihat saya selalu bercakap and pujuk baby suruh dia turun bawah. Ada juga google, antara tipsnya buat latihan sujud and suluh kan cahaya pada bahagian ari2. Saya akan terus berusaha selain sentiasa berdoa Allah beri kekuatan, masih ada sebulan untuk beri peluang baby turun and engage into pelvis. Mommy won't push u syg, perlahan2 yer awak cari jalan.

01 August 2012

Ramadan pertama seorang isteri..owh~

Oho~ sangat title entri..ahaha. Saya tidak bermood nak buat kerja hari ini walaupun bertimbun proposal kena evaluate. Tak larat jugak nak layan animation everyday, paling menyampah bila cerita yang bukan2 kena tengok. Kerja memang begitu kan, mana ada selalu indah dan permai.Bulan Ramadan & Syawal memang busy dengan kerja2 ofis, dari susun schedule, kerja2 promo hingga la handle press conference for media, semua perlukan teamwork yang baik, saya dah semakin selasa dengan kerja2 sebegini semakin faham dengan flow campaign2 dan tahu apa yang perlu dirancang awal. Tapi saya selalu ingatkan diri kerja perlukan excitement supaya kita tak bosan dengan rutin yang sama.

Cukup la kisah kerjaku, kerana title entri menuntut saya cerita pengalaman puasa sebagai isteri ini..hahaha. Dulu saya selalu kagum tengok mak bila bulan puasa setiap pagi bangun seawal 4 pagi dan memasak. mak pula jenis waktu sahur akan buat new dish walaupun lauk buka masih ada sedikit. family kami pula ramai jadi kadang2 memang tak cukup kena tambah lauk jugak. every sahur kami semua jenis bedal nasi and lauk yang paling simple and fresh from kuali. menu2 yang saya suka telur masak kari, tempe kicap, kobis goreng kicap, telur halia dan macam2 lagi yang tak berat2 untuk sahur..nasi pula panas2 dari rice cooker.

So now is my turn, everyday bangun pagi untuk prepare sahur..dulu saya ingat saya tak mampu buat rupanya..owh saya boleh lakukannya! Adohai letih juga sebenarnya. Buka puasa pun nak memasak. Ada juga la hari yang saya malas, beli jek dekat bazar..weekend balik rumah mak,senang tak payah masak. kadang2 ada juga cakap dengan husband..apa kata esok awak pula bangun prepare sahur, dah siap kejut orang yer..hoho,dah jadi isteri nak kejut suami yang nyenyak tido pun tak sampai hati walaupun kita pun kerja juga tapi maybe rasa responsible as wife kot..lagipun after sahur, dia akan tolong clearkan meja makan and dapur sekali..so kira ok la, time tu saya dah boleh rehat. suami saya memang tak pandai memasak, so dia akan tolong buat benda lain..uruskan baju dari basuh, menyidai sampai melipat dan tolong kemas2 rumah juga..baju kerja pun dia tak ada masalah iron sendiri. so rasa la ringan sikit beban nak buat kerja rumah..alhamdulillah dapat suami yang ringan tulang.

Alhamdulillah setakat ni tak miss lagi puasa since baby pun dah besar, lega rasa. sekarang saya terfikir pula next phase, after ada baby..mampu ke nak bangun pagi2 nak jaga anak bukan macam jaga kucing kan..tapi insyaAllah mesti saya boleh lakukan. kenapa selalu fikir macam ni yer sebab dulu semua benda mak buat..saya paling malas dalam rumah..lagi2 ada along yang selalu assist mak. my family pun risau macam tak yakin saya boleh uruskan rumahtangga..tangga sangat kan. nak ada baby ni pun diorang macam tak percaya, yes im pregnant...hehe. Apa jek yang diorang percaya..saya dah besar nak ambik SPM pun macam tak percaya dah start kerja pun tak percaya, nak kahwin lagi la tak percaya. Saya dah besar la bukan budak kecik lagi..mereka selalu anggap saya kecik sahaja. Ingat lagi masa pindah rumah lepas kahwin along yang menangis sambil cium pipi saya. apa nak nangis2..saya boleh jaga diri la.huhu..aku pun nangis juga.uwaaaaaa...

owh panjang sungguh cerita..sekian.

27 July 2012

hidupku 'erdeka' sangat~

Dah lama rasanya tak cerita-cerita isu semasa
semasa sangat kan..buletin utama pun muak aku nak tengok sekarang
Today saya just terkedu 10 seconds then gelak-gelak tak hingat
bila tengok logo merdeka tahun ni..hurm :-/
super duper 'lawa', apa kejadahnya buat logo macam tu!
tak sanggup nak letak dalam blogku ini logo itu
saya malas nak komen pasal slogan tu..i sekarang jenis lantak ko la
 tapi design dia agak2 la..rakyat Malaysia sekarang ramai yang pandai2
industri kreatif kita pun boleh tahan tahap kreatifnya..MSC status lagi
malu saya macam ni..please la, betul2 buat saya rasa orang gomen
buat kerja memang hampeh..i had experience work dengan gomen dulu..
memang tried dengan tahap kreatif mereka ni
timbalan pengarah jek ada 2, penolong timbalan pengarah lagi
 kalau level2 ni semua kategori senja gitu
tak nak cakap lebih la bulan-bulan puasa ni tapi please la
bagi saya sedikit ruang untuk turunkan sikit sifat skeptical terhadap anda
erk..skeptical tu apa daa..lalala~

Singapore..comel logo,pinjam boleh? tak boleh ke? kedekut!

harap2 perkara ni sempat la nak diperbaiki lagi yer
weh tak sanggup la nak tengok logo tue dengan maksud yang..
adohai..'erdeka' sangat rasa hidup saya ni.
rileks baby..kita buka hebat2 ok petang ni since ayah dah gaji..yippi!



20 July 2012

Selamat Berpuasa :-)


Ahlan wa sahlan Ya Ramadan!
Ramadan kembali lagi!...bestkan, esok dah start puasa
Pertama kali berpuasa bersama suami di bulan Ramadan
sebelum ni puasa sunat dah selalu..Raya juga tahun pertama
Malam ni juga dah bermula terawih
saya pasti sungguh pasti rindukan mak bila terawih
tak pernah lagi terawih sorang2..huhu
insyaAllah akan berusaha cari hari yang sesuai terawih dengan mak lagi

InsyaAllah puasa tahun ni dapat puasa penuh
since dah banyak kali try puasa masa pregnant ni ok jek.
start 5 months rasa biasa2 jek puasa..alhamdulillah tak ada masalah
Just 1st time try puasa masa tue baru nak masuk 4 months
muntah kuning 3x..huhu,sungguh terseksa
be a good baby ok..kita puasa penuh tahun ni
then boleh sambung puasa 6..wah! cita2 yang murni.

Next year pula insyaAllah bulan Ramadan akan lebih meriah
kerana family saya akan jadi seperti di bawah

Oho..gambar karton korea mana kena pakai tudung tue..haha
Selamat berpuasa kepada semua.
Semoga Ramadan tahun ini lebih baik dari tahun2 lalu
dan semakin bertambah ibadah serta menjadikan kita muslim yang lebih baik
Saya juga ingin memohon maaf di atas segala kesilapan
dan dengan penuh rendah diri memaafkan kesalahan semua rakan-rakan,
keluarga tercinta dan seluruh umat islam yang disayangi.

02 July 2012

Bagai pinang dicincang~

Wow..sangat lama abaikan blog.huhu~
Ok la lets start dengan update my wedding yang dah berlalu hampir 9 bulan
Baru nak update kan..suka la blog aku.hoho..mari lakarkan memori indah di sini
saya juga perasan gambar nikah saya tidak pernah terpampang di mana2 media
eceh ko ingat ko artis..so tengok la gambar orang mengantuk ketika nikah.



 Saya akad nikah di surau sahaja
Kariah2 surau semua memang wonderfull..so papa decided to do akad here.
Papa juga mahu buat malam, lepas isyak..ok saya ikut jek.
Malam indah itu hujan renyai-renyai..saya turun dari my car dengan gembira..lalala~



Mula-mula memang berdebar tapi lama-lama mengantuk dan bosan
kerana tok kadi kami tazkirah panjang berjela-jela
maka saya buat aktiviti sembang santai bersama sanak saudara


 Akhirnya sekitar jam 10.30 or 11 malam baru la nak akad nikah
very sleepy ok..semua orang dh mengantuk sangat
Alhamdulillah dengan sekali lafaz saya bergelar isteri kepad Mohd Hafiz Asari
Hebat-hebat..sungguh hebat perasaan itu
saya tak menangis pun kerana mood nak terharu2 ni dah hilang
Tapi mesti la bersyukur dan lega sangat.

Saya menerima seutas gelang tangan dari suami
Terima kasih sayang..hehe
muka letih cam nak belasah cameraman..



Tapi bila rapat-rapat begini boleh senyum lebar dan bahagia
haha..gatal sungguh


Bersama keluargaku yang dicintai..
mak dan papa sangat mengantuk
mak saya siap kena tepuk-tepuk kejut bangun sebab asyik terlelap jek
ni surau kami terawih bersama..memang saya and mak selalu tidur ketika tazkirah
apakah idea papa suruh nikah malam2 di sini..nak aku dengan mak tidur bersama yer.
 Bersama mentuaku..comel2 kan
terasa nak jadi menara condong..konon nak bagi level sama



Gambar orang kahwin macam biasa la..ada gambar di kamar
entah apa motif pun tak tahu menahu sangat
sudah la bilikku kecil..frame pun tak sempat nak letak gambar

Selama menjadi isteri ni saya rasa semuanya best-best sahaja
suami supporting..banyak kerja rumah dia bantu
lagi masa fasa mual-mual..next chapter will story2 kisah loya2
ketika ini pun ada makhluk kecil dalam perut sedang tendang2

Saya sangat bersyukur majlis berjalan lancar
family,sedara mara, kawan-kawan banyak support
thank you so much!