26 July 2010

Malar Hijau

Hari ini biasa2 sahaja..sama seperti hari isnin yang pernah berlalu. Tapi mungkin ada sedikit kelainan dari segi mood yang bercampur2. Sebenarnye rasa mahu bercerita tentang banyak perkara yang dah dilalui sejak entry terakhir..Perkahwinan Nurul Zalikha dan Hafiz di kelantan...cerita saya menonton Uda dan Dara di Istana Budaya (jiwang karat tahik cicak layan abang saya)..meet my classmate, BITM di kenduri Wawa dan suami..jumpe pula our lecture en.Haziq yang sayang sangat pada batch kami..hahaha perasan:-P

Tapi tiba2 pagi tadi saya dapat berita kurang gembira setelah saya lihat banyak senyuman sepanjang 2 minggu yang lalu..sekarang saya sedang dengar lagu 'Only Human'..bila saya perlukan ketenangan saya suka dengar lagu dari drama jepun '1 litre of tears' apakah? lagu sedih boleh menenangkan ke? tidak sebenarnye, saya hanya suka pada melodinya kerana saya tak faham bahasa jepun..hee:-/

Saya mahu kongsi lirik dibawah..saya tak tahu la sesuai ke tak dengan apa yang seorang sahabat saya ni sedang alami..mungkin saya syok sendiri..takpa la saya mengaku saya juga agak jiwang (berjangkit dengan abang sendiri).

Suratan Atau Kebetulan

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

( korus 1)
Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

( korus 2 )
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

09 July 2010

Sotong Goreng Tepung

Kahkahkah...memang tak tahan la..lawak habis cite pasal Sotong World Cup tu..Paul nama dia. Aku memang blur habis bila kat rumah dok cite pasal sotong jek..Hakim dengan abang la, sikit2 sotong..mati2 ingat kartun sotong kat paper rupanya memang sotong kurita betul tue jadi ahli nujum pulaknye..bengong betul..dekat Hot pun cite pasal sotong. Tak pasal nak terpecaya ramalan sotong..agaknya dalam hati sotong tu "apa lah bengong sangat manusia ni tanya aku pasal world cup"..hahahaha.

Baca kosmo pagi ni lagi macam nak tergolek aku gelak sakan..sampai PM Sepanyol nak hantar pasukan perlindungan (pasukan ok) untuk sotong tu dekat Jerman sebab ramalan dia betul..takut2 penyokong Jerman nak makan sotong tu..Sebelum ni peminat Argentina dah ugut nak makan sotong tu. Tak cukup dengan tu, Menteri Perikanan pun nak minta Majlis Menteri Eropah (Majlis Eropah ok..hahaha) melarang Paul ditangkap. Menteri Perindustrian pun menyaran Paul dipindahkan ke Sepanyol..kahkahkah..ok la credit to Paul.

Awak nampak liat untuk dimakan Paul

Final World Cup isnin ini Belanda vs Sepanyol..saya sokong siapa? hahaha..Tak kisah dah but if Orange menang best juga yer..mood saya untuk World Cup memang sudah menurun sejak Argentina kalah..asyik terbayang muka Klose dan Ozil jek. Tak pasal terbayang muka pemain Jerman pulak..hehe. Perkara yang mustahak sekarang ini adalah..malam nanti saya akan bertolak ke kelantan yer..my bff nak kahwin..see ya!

07 July 2010

Talam Keladi

Hello my blog!
Bila terlalu banyak kerja ni mula lah rasa stress di sana sini..berhadapan pula dengan client bertitle gomen lagi la mental. Di company pula kita di level paling rendah mula lah rasa diri cam mentimun yang comel..banyak sangat arahan tapi bila silap apa2 kita balik yang kena. Adohai lumrah dunia..benda paling mencabar bagi seorang designer seperti aku ni bila bekerja dengan orang yang tak faham or di luar bidang kita. Advice macam mana pun dia nak juga ikut kepala dia yang macam durian tu. Dah la tak tahu kerja kita, kita terangkan tak nak pula faham..sabar jek la..

Patut la orang kreatif suka buat kerja sendiri, buat freelance la..buka bisness printing sendiri. Sebab letih kerja makan gaji ni, idea kita bukan dia hargai sangat pun..so no wonder la multimedia exec tak tahan lama di kerusi saya duduk ni..Tak tahan beb sorang2 jek di sini semua kena handle..sebenarnya saya paling tak tahan dengan kerenah client ni. Kerenah boss saya ok lg..rasa cam nak melawan jek tapi masih fikir nama baik company..tapi if ikut keras kepala saya memang nak lawan jek sorang2..banyak sangat benda yang saya boleh bangkang balik diorang cakap..our third party yang tolong kita orang pun nampak stress sangat tapi sabar jek..saya ni macam nak meletup2 dah. Baca email diorang pun saya dah bengang. i'm serius, if saya dah geram sangat saya lawan juga nanti saya nekad jek if kena buang kerje pun, because we still have kontrak beribu lagi dengan diorang..macam kena bayar untuk tidak melawan pula..jadi hamba dia pula buat kerja..hish sakit hati. Nak making decisoin pun berlapis2 macam kuih lapis. Bengang betul entry kali ni..kahkahkah. biasa la luahan perasan.

Bila stress dengan kerja saya jadi kuat tidur..lepas maghrib saya dah letih..so jangan harap la saya nak tengok bola pukul 2.30 pagi kan..hahaha..tak pasal ada kaitan dengan bola. Argentina dah kalah..4-0 pula tu..kalah menang memang adat perlawanan tapi sampai 4-0 tu agak kurang beradat.. tak pa la..saya still suka Messi..so next warna kegemaran saya adalah oren..tapi Jerman tu saya lihat orang senior yang cukup berpengalaman..team yang saya jangka ke final adalah Jerman vs Belanda..sapa2 menang pun saya tak kisah..saya juga mungkin tak menonton. Tapi tengok la nanti..mana tahu tiba2 semangat cap ayam datang menjelma..hehe
Daaa...