09 July 2010

Sotong Goreng Tepung

Kahkahkah...memang tak tahan la..lawak habis cite pasal Sotong World Cup tu..Paul nama dia. Aku memang blur habis bila kat rumah dok cite pasal sotong jek..Hakim dengan abang la, sikit2 sotong..mati2 ingat kartun sotong kat paper rupanya memang sotong kurita betul tue jadi ahli nujum pulaknye..bengong betul..dekat Hot pun cite pasal sotong. Tak pasal nak terpecaya ramalan sotong..agaknya dalam hati sotong tu "apa lah bengong sangat manusia ni tanya aku pasal world cup"..hahahaha.

Baca kosmo pagi ni lagi macam nak tergolek aku gelak sakan..sampai PM Sepanyol nak hantar pasukan perlindungan (pasukan ok) untuk sotong tu dekat Jerman sebab ramalan dia betul..takut2 penyokong Jerman nak makan sotong tu..Sebelum ni peminat Argentina dah ugut nak makan sotong tu. Tak cukup dengan tu, Menteri Perikanan pun nak minta Majlis Menteri Eropah (Majlis Eropah ok..hahaha) melarang Paul ditangkap. Menteri Perindustrian pun menyaran Paul dipindahkan ke Sepanyol..kahkahkah..ok la credit to Paul.

Awak nampak liat untuk dimakan Paul

Final World Cup isnin ini Belanda vs Sepanyol..saya sokong siapa? hahaha..Tak kisah dah but if Orange menang best juga yer..mood saya untuk World Cup memang sudah menurun sejak Argentina kalah..asyik terbayang muka Klose dan Ozil jek. Tak pasal terbayang muka pemain Jerman pulak..hehe. Perkara yang mustahak sekarang ini adalah..malam nanti saya akan bertolak ke kelantan yer..my bff nak kahwin..see ya!

No comments: