26 July 2010

Malar Hijau

Hari ini biasa2 sahaja..sama seperti hari isnin yang pernah berlalu. Tapi mungkin ada sedikit kelainan dari segi mood yang bercampur2. Sebenarnye rasa mahu bercerita tentang banyak perkara yang dah dilalui sejak entry terakhir..Perkahwinan Nurul Zalikha dan Hafiz di kelantan...cerita saya menonton Uda dan Dara di Istana Budaya (jiwang karat tahik cicak layan abang saya)..meet my classmate, BITM di kenduri Wawa dan suami..jumpe pula our lecture en.Haziq yang sayang sangat pada batch kami..hahaha perasan:-P

Tapi tiba2 pagi tadi saya dapat berita kurang gembira setelah saya lihat banyak senyuman sepanjang 2 minggu yang lalu..sekarang saya sedang dengar lagu 'Only Human'..bila saya perlukan ketenangan saya suka dengar lagu dari drama jepun '1 litre of tears' apakah? lagu sedih boleh menenangkan ke? tidak sebenarnye, saya hanya suka pada melodinya kerana saya tak faham bahasa jepun..hee:-/

Saya mahu kongsi lirik dibawah..saya tak tahu la sesuai ke tak dengan apa yang seorang sahabat saya ni sedang alami..mungkin saya syok sendiri..takpa la saya mengaku saya juga agak jiwang (berjangkit dengan abang sendiri).

Suratan Atau Kebetulan

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

( korus 1)
Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

( korus 2 )
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

No comments: