12 August 2010

Ketuk-ketuk......Belanga

Salam Ramadhan semua,

Alhamdulillah bertemu lagi dengan Ramadhan..angin Ramadhan sudah menyapa sejak Rejab lagi, makin hebat perasaan rindu itu pada hujung2 Syaaban..Seperti kebiasaan tahun2 sebelum ini sebelum Ramadhan tiba, saya sekeluarga akan pulang ke Johor, tujuan utama menziarahi pusara arwah adik tersayang. Saya teliti nisan tertulis tulisan jawi nama yang cukup dirindui Nur Shafika Bt A.Rahman..2006 arwah pergi tinggalkan kami, maknanya sudah 4 tahun..cepat betul masa berlalu. Papa selalu pesan jangan asyik nangis jek bila rindu arwah tapi sedekahkan Al-Fatihah..memang betul hati akan lebih tenang dan redha dengan pemergiannya.

Saya sebenarnya sangat addicted baru2 ni dengan sinetron dari seberang. Hehe, cerita macam kanak2 jek..Benci Bilang Cinta (BBC). Jalan ceritanya hampir sama dengan Princess Hours atau mungkin sama bangat. Saya memang suka tengok cerita2 cinta selepas berkahwin ni sweet jek. Ditambah pula aktor yang kacak berlakon berambut panjang paras bahu..saya dah la memang suka lelaki gaya begitu..ayak!..walaupun Baim dah potong rambut tapi still macho..Marshanda pula memang dah pernah tengok dia berlakon dalam Aqso & Madinah..rupa2nya masa Solehah diorang berlakon sama2 juga..sudah biasa tengok Marshanda berlakon bertudung dengan muka polos, agak terkejut juga tengok dia dalam BBC tapi still comel..

Berita terbaru, dia sekarang dah nekad terus bertudung..Wah, semakin gemar gue sama Chacha..haha tak pasal2 kan.

Rupa2nya juga Chacha sama Baim dulu pernah berpacaran..memang so sweet mereka ini. Adohai macam mana ni..gue suka bangat sama kalian..haha. Tapi sekarang diorang dah berpisah, lama dah. Ramai juga berharap diorang kembali bersama. Saya yang tiba2 minat mereka pun mahu juga la mereka kembali berpacaran. Tapi Chacha sudah bertudung sekarang, moga2 pandai menjaga diri.

Pelik bukan entri ini..dari cerita agak syahdu tetiba pasal artis Indonesia pula..siap letak gambar.haha. Saya ni bukan jenis orang yang mudah melekat kat tv tengok drama. Apa2 pun tahniah kepada BBC kerana berjaya membuat saya menonton hingga habis.

2 comments:

syinteru152 said...

along...
ape kne mengene ketuk2 belanga dgn bulan ramadhan dgn artis indon kacak + cantik jelita?

kikiki


slamat berpuase + smbut hari raya yg bakal mnjelang tiba~ ^_^

mekarlid said...

Syok sendiri namanye ni cikin..haha
selamat berpuasa!