28 December 2009

Sinar Emas di Laos

Bola dapat emas di Laos!..oh dah lapuk la.
Aku bukan lah peminat besar bola sepak, bukan juga kaki bola yang pandai bermain bola padang mahupun futsal..of course la kan..saya wanita yang lembut..hahaha
Tetapi aku antara rakyat Malaysia yang selalu menyokong bola sepak Malaysia walau berbakul cacian dan hinaan dilemparkan..aku adalah antara ribuan rakyat Malaysia yang menyaksikan perlawanan separuh akhir Malaysia-Laos..dan final Malaysia-Vietnam..
mungkin atas dasar terlalu sayangkan Negara.

Terjerit-jerit la minah sorang ni setiap kali nak gol or dah gol..but perasaan paling seronok masa gol emas dijaringkan dan pengadil tiup wisel tamat perlawanan..yup I’m so happy! Yippiiii……
Tak kisah la gol pondan ke, gol tak cantik ke..yang penting menang..
Mana lebih bagus? Gol tak cantik untuk kalah or gol tak cantik untuk menang?
Lantak la yang penting menang..Enough…
Bola kan bulat!


Terimalah lagu ini...

Setiap hariku tulis
Yang Ku telah jatuh cinta
Tapi ku rasa bersalah
Tidak ku nyatakan ... padamu....

Adakah engkau merasa
Apa yang sedang kurasa
Kepada tancap asmara
Harapnya kau dah terima

//Chorus
Maafkan aku kerna menyintamu
Maaf jikaku tak padan denganmu
Tapi ku berjanji
Kau juita hati
Akan ku jaga hingga akhir nanti

Maafkan aku terus memujamu
Maaf aku yang terlanjur merindu
Didalam hujan renyai
Aku mengintai langit
Mengharap engkau akan setuju
Menyintai aku....

Menyanyi dan bisikkanlah sayang
Baiknya kau dalam jiwa
Tak tahan rasanya menanggung kasmara
Agar dapatku lelapkan mata...
Mengkhayalkanmu, bermimpikanmu sepanjang malamku...

Mengintai Langit
Coco

23 December 2009

My heart at Copenhagen


Di saat ini sudah berlalu UN Climate Change Conference di Copenhagen.
Isu ini pernah dibahaskan dalam DAS 09..
usulnya “Perdagangan Karbon Menjual Alam Sekitar”
Sewaktu berdebat usul ini, persidangan Copenhagen antara yang disebut-sebut dalam mencari konklusi kepada perjanjian jual beli karbon yang melibatkan Negara membangun dan Negara maju. Usul pusingan ke-6 yang membuatkan aku benar-benar pening kerana langsung tak faham benda alah ni…
adakah boleh kita menjual karbon? Adohai.. Dan sekarang sudah berakhir apa yang ditunggu-tunggu
namun ternyata telahan kami benar… Hasilnya tidak memberangsangkan dengan sikap Negara maju yang acuh tak acuh dalam memberikan dana untuk pemulihan kerosakan di bumi.

Perdagangan karbon terkandung dalam intipati persidangan Copenhagen dalam usaha dunia membendung pemanasan global…tetapi pada dasarnya, aku merasakan ia lebih kepada mengheret Negara maju bertanggungjawab di atas masalah global ini… Ini bukan perkara main-main… Bagi Negara-negara miskin di tanah rendah, seperti Bangladesh, Afrika Selatan mahupun Negara di kepulauan Maldives
ini persoalan hidup dan mati mereka.

Secara ringkasnya, perdangan karbon tercetus dari Protokol Kyoto yang dirangka pada 1988 selepas kejayaan Protokol Montreal yang bertindak mengawal pelepasan gas CFC dan bahan kimia lain. Namun Protokol Kyoto dilihat lebih signifikan kerana ia digerakkan melalui dua bentuk mekanisme iaitu insentif kewangan dan inisiatif teknologi mesra alam… di bawah insentif kewangan lah perdagangan karbon ini diasaskan. Perdagangan karbon pada asasnya dimajukan dari perdagangan pelepasan sebatian sulfur di AS yang Berjaya mengatasi masalah hujan asid pada tahun 1990 melalui Akta Udara Bersih 1990.

Maka perdagangan karbon mengkehendaki Negara maju yang menandatangani Protokol Kyoto mengurangkan jumlah pelepasan karbon bermula pada 2008 hingga 2012 pada tahap karbon yang lebih rendah berbanding pada tahun 1990…

bagaimana urusan jual beli karbon dilaksanakan?
Begini, Negara maju akan mengeluarkan dana dan diberikan kepada Negara menbangun untuk digunakan bagi melestarikan pemulihan hutan yang merupakan bekalan oksigen dunia dan penyerap karbon. Walaubagaimanapun perdagangan karbon lebih dari itu… ada juga istilah cap-and-trade, baseline-and-credit dan off-set trading yang bakal membuatkan kita pening kepala. Tetapi cukup untuk kita faham ia adalah proses jual beli yang cuba mengimbangi pelepasan karbon dan oksigen supaya pemanasan global dapat dikurangkan.

Ironinya perdagangan karbon ini adalah hukuman kepada Negara maju diatas kerakusan mereka sebelum ini memusnahkan hutan dengan tiket kemajuan sehingga begitu banyak bencana diterima penduduk dunia. Bagi Negara membangun ambillah iktibar, dalam kita mengejar kemajuan alam sekitar perlu diutamakan. Dana yang diberikan adalah hak alam sekitar untuk dipulihkan semula.
“Jika pohon terakhir telah ditebang,
Jika sungai terakhir telah tercemar,
Jika ikan terakhir telah ditangkap,
Baru manusia akan sedar,
Bahwa mereka tidak akan bisa makan wang.”

Putu Meidy Hartawan
Sekretaris PD KMHDI Jawa Timur

21 December 2009

Bung Mokhtar yang menggelikan hati


Aku baru meneliti bingkisan dari akhbar kosmo tentang wakil rakyat dari Sabah ni,
gossip perkahwinan dia dengan Zizie isu panas sekarang ni..

tapi sebenarnya Bung Mokhtar lebih hangat dari itu di Parlimen.
Keletah dia selalu buat aku gelak besar dekat rumah bila tengok laporan dari Parlimen.
Gila bengong perangai wakil rakyat yang sorang ni…sangat berani.
Masa mula-mula along aku cakap gossip pasal Zizie,
aku ingatkan Datuk Mohammad Aziz dari Sri Gading..
Tapi orang sabah terus terbayang muka Bung Mokhtar, orang Sungai yang putih macam cina..
Apalagi gelak sakan la aku..hahaha

Isu peribadi dia aku tak berapa berminat tapi tulisan kosmo tentang
kelantangan dia di Parlimen memang seronok dibaca..link kosmo here
Dia mengingatkan aku dengan debat…and my teammate Martin, also from Borneo
Dia pembahas ke-3..memang kental membidas, kadang-kadang keluar ayat yang bukan-bukan sampai hakim terbahak-bahak gelak..aku pun macam nak berguling.

Mereka ni jenis selamba and berani tak kisah la ayat apa pun nak guna, dah tu yang terlintas dalam kepala cakap aja la..tak ada nak berkias-kias..hambek ko!
Dapat pula gelaran-gelaran ajaib dari pembangkang..Bigfoot dari Karpal Singh and Orang Utan dari Lim Kit Siang..dalam debat pun lebih kurang saja warna-warni perbahasan.
Tetapi orang-orang seumpama ini sensitif isu-isu yang kita kurang ambil pusing seperti persoalan tentang program Mencari Cinta oleh Bung Mokhtar sendiri dan isu iklan potong P1 Wimax oleh Mohamad Aziz..

Fikir-fikirkan



my last team di DAS 09-UTP

ini dia martin yang bersemangat waja!

baru aku sedar susa nak cari gambar debat yang ok coz aku jarang bergambar masa gi debat..

huhu..abaikan la gambarku yang kurang cun itu.

14 December 2009

Riang Ria~lalala

Puteri Nur Sumaiyyah-5 bulan++
.
.
.
.
.
.
.
n lastly..actor korea mls potg rmbut!

Sekian...

05 November 2009

Aku manusia lemah...

aku manusia lemah…
Selalu terjatuh..
berbeda aku darimu..
kau berdiri teguh..
aku serba tiada
aku kekurangan..
dan bila kau tiba...aku hilang dr kewujudan..

c/o
Sempurnanya sifatmu..
tulusnya hatimu jujurnya niatmu tingginya kesabaran mu..
lepaskanlah diriku kerna
aku tak mampu tuk menangung sebuah cinta sempurna darimu..
darimu…oh oh oh…

Bukan aku tak pernah mengerti dirimu
Ku sanjung setiap kata cinta kau berikan aku..
hilangkan rasa ini dan akhirkan semua..
dan bila kau sedar aku hilang dr kewujudan..

Cinta Sempurna
-Yuna-

17 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri!


Khas kepada rakan2 yg disayangi dan sesiapa yg tersesat di blogku ini..
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Salah dan silap harap dimaafkan
Sy jg berbesar hati memberi setulus kemaafan kpd semua.
Semoga hidup kita sentiasa diberkati..Insya-Allah


Semoga kita berjumpa lg Ramadhan yg penuh barakah ini.
Kenangan manis Ramadhan kali ini membuatkan aku tersenyum selalu :-)
lalu aku membc doa di bwh:-


"Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya
kepada-Mu Ya-Allah...amin"


Wslm


08 September 2009

Kemanisan Ramadhan

Cerita 1
Jumaat lpas hari yg betul2 indah..sudah la dibln ramadhan..
berita gembira bertalu2 dtg..
Yg plg gembira aku dh confirm keje..
berkuat kuasa 1 sept aku dh confirm multimedia exec di brilliance.
15 sept aku genap 8 bln kerja di brilliance ni.
Alhamdulillah, keje di sini best cm kita kena usaha lebih klau nak tgkatkn diri..
Kena survive..sbb aku keseorgn..tp rakan2 di ofis baik2 belaka.
Mmg dr dl aku nak cr company melayu..staff pun 99% melayu.
Jumpe pun..yg pentg dlm hidup jgn cpt mengalah..kena usaha keras ckt.
Jgn memilih jg..kdg2 yg tak cantik di mata org lain tue yg baik utk kita..
Betul tak???

Cerita 2
zura call lpas blik keje..
Huhu..menjerit la..zura!!!
Dia ct semester..x tau no yg kebrapa dia gn ni..
Stp kali blik msia pkai no br..alasn hilg.
But yg best dia simpn no aku..well2 best fren dia kn..
Hehehe..my study group mmbr kat matrik dl..
Mmg rindu bgt sm kamu..orgnye baik wlpn agak clumsy ckt..
Dia seperti tidak tahu mengecilkan hati org..
Klau pun terbuat pasti tak tentu hala jdnye.
10x la cite..”aku slh ke dila???”
Heks..”tak”, bestkn jwpn aku..hehehe
Ingt zura, ingt matrik..oh manisnye pengalmn itu..hehehe

Cerita 3
Nak dkt2 smpai rumah plak..iskh2..ni bkn berita gembira..ni undefined..
Ada mamat nak ngurat aku..adoi agak pelik kaedahnye..mcm desperate jek..
Mls oden nak cite sbb aku main lari2 dgn dia..
perlu ke dia kejar aku begitu skali..hahaha
Pkai bj biru tertulis PERODUA..engineer ke..uhuk2.
Bf sy pun engineer ok!

Bulan ramadhan mmg menyeronokkan..
Terwih tahun ni pun lebih kencg dr yg sblmnye..alhamdulillah!!!
…………………………………………

25 August 2009

Dayang's Giveaway!!!



Dayang sedang rancak mengendalikan program giveawaynye..
hasil kreativiti dayg sgt cantik sperti keychain dan hairclips di atas..
sy berharap dapat memiliki keychain yg sgt comel
Semoga dayg bahagia dgn menjahit..
slm syg dan ikhlas dr cik Dila aka Along.


12 August 2009

Siapa sebenarnya saya???


aku jd pelukis plan utk office br di cyber skang ni..
terkejut plak tgok meja sendiri..x perasan sgt bersepah..
stp ruang ada kertas smpai x jmpe hp..hahaha
aku telah digelar arkitek..
sgt terharu..x sgka..bila plak lyk digelar doctor yer???
wakakakaka

25 June 2009

Saya suka dia..

Percayalah title xde kena mengena dgn entry ni..huhu

Harini aku pose sunat rejab..dah 2 hari n sok x kot.
ptt ke klau nak mengutuk time puasa ni..x ptt kn..
so, x yah la..hehe
tp perasan kurg kesedapan dihati semkn meluap2

apa2 la..kenapa kita susa nak maafkan org lain ek?

pastu aku nilai diri sendiri, seteruk mana pun pertelagahan atau kesakitan ati yg dihadapi aku slm ni aku ttp blh bg kemaafan pd sesiapa yg wat cmtue. (aku penah ke perang besar dgn sesiapa?..huhu..ke x ingt apa2)

kerana bg aku pasti kita pun bersalah, x kira dr pihak mana kemaafan dihulurkan ianya harus benar2 ikhlas..sesiapa yg sedar apa yg berlaku itu slh segera la perbaiki keadaan..

dan kita harus memberi kemaafan jg pd org lain..beri peluang pd org itu berubah mgkin dia x seteruk yg kita sgka..semua org wat silap, kita pun wat silap jgk kn..

tp kn sebenarnye aku sgt sukar nak ucapkan lafaz maaf..teruk ke tue?

yela kdg2 sm2 terasa cuma ia bkn cm gaduh hebat, cm mgkin mulut xde insuran sk sakitkn org lain tp kita sedar, then kita perasan org tue kecik ati dgn kita..

cr aku, aku akn start borak2 poyo tanda aku x nak dia bermsm mk dgn aku..huhu

padahal x tau betul ke dia kecik ati dgn aku..tp aku mmg x sk org x nak ckp2 dgn aku scr tetiba tanda mgkin aku ada wat silap la tue (klau kes xde mood ehem2 tue lain la)..tp ada jgk kes aku wat x tau jek..lantak ko la,skit2 kecik ati..hahaha, jht tahik kucing btl..(tp slpas 2, 3 ari aku akn berbaik sml dgn org tue jgk) org klau mara @ sakit ati @ x sk ke dgn kita nmpak tau..ko plastik cmne pun org nmpak,mengaku jek la.

tp...aku sdr aku mmg sk kasik hati org lain panas..hahaha..jahat bebenor
klau aku rs x sk aku kasik lepas jek..but now..I try perbaiki coz x elok cmtu..
thats why I sad, aku pendiam skang..hahaha,mcm kurg dipercayai jek.

tp kn dlm diam pun kita msh leh sakitkn ati org lain..iaitu melalui pandgn mata jelek yg menyakitkn ati..so, x rela la I nak tutup mata plak..klau kurg ckp, pendiam..kurg pndangn mata apa plak..rabun ke?...hahaha.. mgkin menjaga pandgn mata..msh kurg tepat..erm
air muke yg masam seperti cuka jg bisa membuatkn org lain kurg senang..selain org lain anggap kita kematian kucing kesayangan @ terpasak memikirkn cr optimus prime mengalahkn megatron..n mcm2 lg..means bkn stkt kurg berckp, kelakuan jg perlu diperbaiki..

erm..aku xde masalah dgn sesiapa pun skang ni tp aku sedang tersepit dgn manusia yg berbalah..
org lain yg bermsm muka aku plak yg sakit ati..yela naik menyampah tgok perngai org2 tua ni..sensatif ke..huhu..
tp mmg tekanan jiwa aku jap..dl btl2 stess, skang sakit pndgn mata n telinga..
nant2 jek sy membuat coretan tntg mereka itu..tp klau sy pkir ia seperti umpatan mgkin ia hanya dicoret pd diari..x elok plak nak burukkn org lain..mgkin cerita surface2 jek..
cuma nak luahkan perasaan jek..cerita apa yg sy rs dan lalui..

Saya sedaya upaya cuba bersabar...

28 May 2009

Lebih parah dari yang sebelum ni...


Oohoo..

Setelah sekian lm tidak melayan blog aku yg ntah apa2 ni, suddenly smlm aku ada task baru from my big bos..guess what task dia bagi sehingga membuatkan aku kembali membuka blog ini..
huhu..

Dia nak aku develop blog utk alumni U dia..huhu..

sebelum ni aku terlibat dgn blog coz my friend-yayat, but now my bos yg nak aku buat. Ini melibatkan kredibiliti aku sbgai mm exec dia..if dia tahu kejahilan aku dlm blog mesti dia memandang sinis ke atas ku..oh jgn la pandang sy mcm tu...;-P

Actually dia nak aku create 1 blog yg ada user group, then aku terkasima jap..as tempat nak kongsi cerita dan ilmu (maybe la)..aku rs benda mcm tu, forum la tempatnye..adakah blog jg begitu..hehe..blog pun maybe blh jgk kot, letak jek chat box tue..berbual la puas2..so, aku blas emel dia begini..'let me do some research'..huhu

Memandangkn blog aku ni dah diketahui ramai (hahaha, ntah berapa kerat yg tahu. tak kisah la kn). so, sesiapa yg terbaca entry aku ni sila la bagi idea sikit..which suitable? blog or forum for group conversation.

terbehenti...

Sedg syok2 aku tulis komentar ni..bos dtg plak td..smbung blik..hahaha
Semkn parah bila dia dtg..Mcm2 idea dh ni..aku dh mula pening2.
Skjap rs blog sesuai jap rs forum lg sesuai..Tak kira la yg penting dua2 aku jahil..

Drpd dia suruh aku wat blog utk alumni U tetiba nak buat sale kat internet..nak jual semua produk dia...user blh guna mcm2 cr nak buat payment..sah la mata aku terkebil2 td..

tp yg buat aku mcm nak pecah perut tetiba dia ckp 'nice beg U byk color'..ok..beg aku berwarna pink terang menderang..bersyukur la aku tak beli warna oren n aku tak pernah pkai kasut oren pegi ofis..nant la aku tunjuk yer..beli kat masjid india jek..hahaha

Lebih best fikir nak jumpe baby esok..sgt la tembam..uhuhu..nak belikn hadiah..
lalalalala....(hati girang nak tgok baby)...gerrrrrrr (risau dgn task baru yg smkn memeningkn)

30 March 2009

Kisah sbnr sy terjebak dunia blogger...

Hahaha...

Blog aku adalah blog terpencil slm ini..Tetapi last week aku telah menglink beberapa blog kawan2 aku yg aku suka nak tahu cerita diorg. Sbnrnye aku bkn tak nak bgtahu org lain aku ada blog tp penghasilan blog ni adalah kerana keadaan terpaksa masa aku praktikal dl.

Ceritanya begini...
yati@yayat adalah member aku ms LI dl, manusia ini bercita2 mencipta sebuah blogshop (dayang tahu cite ni, aku penah bersembg dgn dia ms diorg dtg kl). Dengan tanggapan yg aku ni terer gila bidang IT..maka dia selalu la tanya aku pasal blog..padahal aku ni blur tahap cipan laut pasal blog sbb ms tu aku tak berminat nak buat blog ni. Perkara tu aku dh inform pd dia tapi dia still bertanya jg pd aku yg selalu berkerut dahi bila kena tanya. Keyakinan dia pd aku mkn menebal bila dia tgok aku buat flash animate utk website company, ditambah2 lagi bila aku diberi task mgedit website..oh tidak, aku adalah manusia yg sk mghentam bila tak tahu buat something (sila la tanya kawan2 sy)..aku bkn la hebat sgt pun.

Manusia yg selalu jd mgsa aku dl adalah cheda n cikin - diaorg ni adalah tempt aku selalu bertanya ms LI..credit to them ;-).

Akhirnya aku bersetuju membuat blog dgn harapan aku blh tahu serba sedikit pasal blog. Tetapi waktu tu aku sgt la bz..byk gila kerja smpai tak da ms nak lyn blog ni. plg2 pun aku post entry ms keja half day sbb aku mls nak buat keje time tu. tu pun ani asyik jeling2, cocok kang mata tu.haha
Dah ada blog pun aku msh blur jgk pasal blog..apakah itu.ni masalahnye bila kita tak berminat. blog aku yg sgt hodoh (sekarg pun cmtu) yg ada cm profile aku n 3 entry yg aku post. sgt la malas nak lyn..haha

Then, perkara yg plg hebat bila aku lupe password blog aku (yela dh lm tak buka)..punya blur padahal kn gn gmail pun..blh la aku silap2 email, coz gmail aku ada 2 akaun. lg nak pening, berbulan2 la aku tgglkn blog ni coz masalah ajaib tue.perlu la dila...org2 yg mengenali aku tahu la perangai aku yg selalu lupa password, tanya jek aku sapa nk rujuk klau ada masalah password kat utem tu..haha

So, bila member2 tanya aku ada blog tak? aku ckp jek tak da coz aku sndiri nak update blog pun tak mampu..nant diorg bk blog aku jek mesti confius2..malu aku.

Tp dgn keyakinan yg jitu akhirnya aku berjy jg mgaccess kembali blog aku dgn jayanya-tu pun lpas cik yayat asyik tanya cmne nak wat ni, cmne nak wat tu..klau tak msti dh berkubur mekarlidlife tu..

Berbekalkan kesungguhan aku mengexplore blog ni aku berjy la menolong dia sikit2...dari situ jgk la aku telah cb memahami gadget yg blh diletak dlm blog dgn bersggh2..tp aku still tahap bwh beginner jgk pd blog ni..

Haha..entry yg sgt-sgt panjg...

Itu la cerita sebnr kewujudan blog aku..kpd rakan2 ku jgn la marah yer..hehe
Sbnrnye aku msh nak jdkn blog aku ni terpencil..seolah-olah dia adalah diari maya aku. tp mcm mana yer noddy leh dpt tahu blog aku?
Adakah krn aku mglink dia..haha..tak suka2..sila jelaskan..
aku sgt terkejut n malu ini..farah pun dh tahu..oh tidak..
eh sapa sbnrnye yg tahu dl blog aku ni, farah ke noddy...huwa2..
yg pasti aku sgt terkejut nmpak blog aku berada dlm list link blog noddy..
lebih mengujakn blog aku ada comments!
Tak penah lg blog aku dikomen sesiapa sepnjg kelahiran dia...hahaha
perkara ini spttnya terjadi pada april fool...olla...
stop here coz aku sedg terkejut n malu ni...



27 March 2009

~Saya yg selalu diganggu...

Sejak kebelakangan ini aku selalu diganggu...
huhu..bukan makhluk dalam alam ghaib tp makhluk dlm office aku..
diganggu dari sudut tumpuan kerja aku, al maklum nyer printer and scanner berada di tempat aku..
2 mggu ini network buat hal..ditambah lg dgn kerosakan printer di finance maka printer aku yg tak pernah rosak sejak aku masuk kerja ni diminta berjasa for whole 2 weeks ni..
sila bayangkn org2 di sale pun print kat tempat aku..kalau time network ok, orait lg la cb time2 server down tue..perlu la aku melayan org yg nak memprint.

Tempat dpn aku ada jgk printer tp black and white..erm, nasib badan la.
kes printer mmg selalu la memboringkan aku, scanner pun sm jgk citenye...
hari ni aku kena scan sampai 63 kertas..oh tolong la, dh la kena wat satu2..nape tak guna scanner kat mesin photostat jek eh..kurg memahami la dari susut tu.

Aku ni baik hati sgt ke apa?...sbnrnye tak da la aku ni jenis tak boleh nak tolg org langsung tp klau dh berlmbk2 kerja menolong org, kerja aku apa cite..
Pernah pc aku digunakan sampai tak diberi peluang tidur..
pagi2 jek dia mengadu dgn aku, lepas org gn tak shut down dia (boleh percaya ke cite ni?)
yg paling best, aku buka2 jek email aku dibuka sesuka hati, siap ada tv online tengok spaQ..
Mmg dh bersedia nak tengok aku mengamuk ke ni...

Diorg pun tak bersalah jgk tp agak2 la bila gn pc org lain..dh tu sapa yg bersalah plak?

huhu..kdg2 mcm nak mintak benda2 ni dialihkn ke pc lain, means pc yg tak digunakan tp dlm hal lain aku mmg sk benda2 ni ada berdekatan dgn aku coz aku selalu guna..

Aku melakukan kerja2 kreatif, so aku amat memerlukan tumpuan dlm kerja dlm mencari idea yg segar bugar. Aku mmg berangin tambah api bila ada org anggp kerja2 mendesign ni mudah..
argh! benda ni subjektif ok..kdg2 idea blh dtg dlm 2-3 minit jek tp kekadg for whole day ko leh jd tenuk dpn pc coz lgsg tak da idea..lantak la kalau org2 multimedia lain tak macam aku..
ada aku kesah ke?

So, sila hargai saya yg terpaksa mengerah otak hari2 cari idea ni..Kalau nak mintak tolong saya sila la bersopan santun yer (ada ke yg berkasar dgn aku?)

Entry yg panjg..lantak la bkn ada org baca pun...
hari ni aku suppose kena siapkn 1 design fail utk BMQ..
suke sgt mintak design byk2, nak pilih2 la tue..
tp sgt mendukacitakan sehingga saat2 nak blik ni aku siap buat rangka fail jek..
Jgn la kacau saya lagi, saya merayu ni...
td sangt bersemngt nak design tetiba..erm fhm2 la dh cite pnjg2 di atas..
Tak tahu la apa jd isnin ni mesti tengok design sendiri pun menyampah..huhu

nak blik la..hujan mcm lebat..


06 March 2009

Hari jumaat, hari isnin

huhu..

Hari ni so so happy...mahu jumpa hafiz petang ni...
sungguh tidak sabar mahu berjumpa awak yg dirindui..eceh macam dah berbulan2 tak berjumpa..
Seingat aku baru sebulan kot tak jumpe..since aku start keje..erm..eh dah sebulan suku (hahaha..mahu juga).
Well2..kerja saya sudah siap setelah saya menanggungnya hampir tiga minggu..

sesungguhnya aku dah sedar yg aku tidak menyukai kerja buat2 slide ni...
ntah apa2 kena design or dengan kata lainnya bagi slide tu nampak cantik la..
word Dr.Peter->make over slide..

Content slide memang bukan tggjawab aku as mm exec disini tetapi aku perlu memastikan apa sahaja benda2 corporate company nampak cantik dan menarik selain bertggjawab mengdevolep and mengedit website company yg ada 5 kesemuanya..

Oh..bukan itu sahaja apa2 benda yg agak2 berkaitan mengdesign akan diserahkan kepada aku tanpa ragu2 lagi...mahupun tag cenonet yg mahu distapler pada souvenir masa seminar..perlu la..

Well2..aku ok jek dengan keje tersebut..just make over slide tidak ku sangka la yg aku kurang menyukainya..setiap slide perlu la aku mengerah otak nak fikir design yg agak2 cantik.
Oh please la...

Apa yer kena mengena title entry ni dengan penceritaan aku ni..
Tak kisah kan..
hari ni jumaat, isnin mesti aku diserang kemalasan.
Tapikan week ni cuti sampai isnin sempena menyambut keputeraan rasulullah s.a.w kesayangan kita ;-)

02 March 2009

Sesuatu...

Assalammualaikum,
Aku rasa malas nak sambung entry yg lepas tu..anggap je masalah aku tu dh selesai bila esoknya aku pergi bank betulkan kad n keluarkan duit 50 yg hafiz bagi..
Hari ni memang aku dibelenggu dengan kemalasan. Isnin mungkin memang begitu.
Aku search website yg konon2 boleh bagi idea aku design company profile ni..tp lastly aku buka 1 website ni..
Oh..kenangan yg mmg susah nak dilupakan..setiap kali teringat aku akan rasa sgt bodoh.
Aku mmg boleh lupakan sesuatu dengan begitu shj tanpa menoleh kembali pada jangka masa yg lama sehingga lah bila aku teringat balik aku akan terdiam seketika..
Dilahirkan sebagai seorang wanita kadang2 memang lemah pada sesuatu yg tak patut dituruti...
Tapi aku kena jadikan setiap titik hitam dalam hidup sebagai pengajaran sgt berharga.
Kepada sesiapa yg berkenaan - percaya lah aku tak pernah membenci sesiapa tp aku sebenarnya yg tak boleh maafkan diri sendiri dgn kesilapan yg aku buat.
Entah apa kena, sejak akhir2 ni manusia2 itu seolah2 mencari aku kembali dan meminta maaf..sedangkan aku langsung tak boleh nak ingat lg benda2 tu..aku selalu menghukum diri sendiri...mmg aku yg bersalah pun.
Erm..apa lah...
Kepada kamu2 tu, aku susah nak terima semula jambatan persahabatan yg cuba dihubung kembali..sbb aku terlalu takut silap langkah lg..kemudian melukakan lebih banyak hati yg aku sayang..
Pls la kamu2 yg berkenaan faham..(walaupun korang tak baca pun blog aku yg sgt terpencil ini)
Wasalam

26 February 2009

Hari yg menyedihkan saya

erm...

Aku dah bekerja sekarang ni di Bandar Sri Damansara as multimedia executive. Sekarang ni duduk rumah sewa bujang..Alhamdulillah aku dapat keje walaupun keadaan gawat dan aku hanya bersandarkan pointer aku yg tak seberapa tu. Dapat jg la bekerja dlm area yg aku study di UTeM dulu..

Sebenarnya nak bercita pasal hari aku yg kurang memberangsangkan ni. Mlm td my housemate ajak tengok wayang movie Geng, upin ipin tu. Aku sedang kesempitan duit sebenarnye, tp sekiranya diri ini tidak joint aku akan keseorangan di rumah yg tak berapa nak besar tu. Jadi dalam keadaan terkebil2 + confius, aku ikut jg la walaupun duit dlm dompet sy hanya ada 2 keping wang kertas warna merah dan beberapa helai warna biru kecil (bukan yg besar tu). Itu shj amaun yg ada untuk bertahan lg 2 hari. Dalam cimb ada lg 10 rggt kot..ptptn dah habis semasa urusan mencari kerja dan interview, jg sewaktu memulakan hidup sebagai pekerja di Brilliance ini.

Aku telah memanjangkan kegusaran itu kpd en.Hafiz..Yela, dia jek yg selalunya memahami keadaan aku ni selain my family. Gaji aku masuk kedlm akaun rhb jumaat ni. So, sekarang ni aku mmg kekeringan wang2 kertas mahupun butiran syiling. Maka, dia telah membantu aku seadanya bagi menyelesaikan masalah aku itu.

Nak dijadikan cerita, wanita yg hebat ini dgn nafsu makannya yg agak kuat mlm td telah makan chicken chop rice berharga rm11.90 di foodcourt JJ kepong (jj yg hebat sebab besar dan ada tgv yg besar jg)ditambah lg dengan air milo ais, siap belanja k.Yi air nescafe ais ditambah lg membayar hutang k.Su rm5 (nasi kukus ayam berempah-makan masa hari isnin). Oh, Dila nape kau tak keluarkan duit dulu sebelum buat aktiviti ajaib di atas??

Selepas makan dgn enaknya, maka aku meminta izin dgn k.Ma untuk ke ATM. Melangkah penuh bergaya sambil menepis saler2 yg promote etiqa tu aku terus ke atm rhb sambil2 mata menjeling ke kedai jual selipar rm10, erm comel juga yg warna oren tu tp aku dh beli yg warna merah tergantung hujung sekali tu last week.

Sampai atm rhb aku try keluarkan duit hafiz kirim (dia tanya nak berapa, 50 ke, 100 ke, aku ni baik sangat mintak 30 jek) dlm akaun cimb. Oh! tidak mesin ini hanya mengeluarkan amaun rm50 shj. Ok, saya tak kisah, saya berurusan dgn mesin atm maybank hujung sana. Oh kamu berdua dah berpakat ye, 50 shj jg. Baik, saya jumpa semula rhb (rasa mcm buat marathon). Kali ni, saya guna kad rhb. Eh, salah no. pin, cuba lagi.uwa...salah lagi la, tu no. pin bank islam. Kad anda telah disekat - ayat di skrin rhb.

Aku berlalu dgn kehampaan, terus ke toilet tingkat atas. Keluar dari toilet, aku sms hafiz - sila call org. Uwa awak...blablabla (tak perlu la tahu luahan perasaan cik dila kepada en.hafiz).

to be continue...