23 December 2009

My heart at Copenhagen


Di saat ini sudah berlalu UN Climate Change Conference di Copenhagen.
Isu ini pernah dibahaskan dalam DAS 09..
usulnya “Perdagangan Karbon Menjual Alam Sekitar”
Sewaktu berdebat usul ini, persidangan Copenhagen antara yang disebut-sebut dalam mencari konklusi kepada perjanjian jual beli karbon yang melibatkan Negara membangun dan Negara maju. Usul pusingan ke-6 yang membuatkan aku benar-benar pening kerana langsung tak faham benda alah ni…
adakah boleh kita menjual karbon? Adohai.. Dan sekarang sudah berakhir apa yang ditunggu-tunggu
namun ternyata telahan kami benar… Hasilnya tidak memberangsangkan dengan sikap Negara maju yang acuh tak acuh dalam memberikan dana untuk pemulihan kerosakan di bumi.

Perdagangan karbon terkandung dalam intipati persidangan Copenhagen dalam usaha dunia membendung pemanasan global…tetapi pada dasarnya, aku merasakan ia lebih kepada mengheret Negara maju bertanggungjawab di atas masalah global ini… Ini bukan perkara main-main… Bagi Negara-negara miskin di tanah rendah, seperti Bangladesh, Afrika Selatan mahupun Negara di kepulauan Maldives
ini persoalan hidup dan mati mereka.

Secara ringkasnya, perdangan karbon tercetus dari Protokol Kyoto yang dirangka pada 1988 selepas kejayaan Protokol Montreal yang bertindak mengawal pelepasan gas CFC dan bahan kimia lain. Namun Protokol Kyoto dilihat lebih signifikan kerana ia digerakkan melalui dua bentuk mekanisme iaitu insentif kewangan dan inisiatif teknologi mesra alam… di bawah insentif kewangan lah perdagangan karbon ini diasaskan. Perdagangan karbon pada asasnya dimajukan dari perdagangan pelepasan sebatian sulfur di AS yang Berjaya mengatasi masalah hujan asid pada tahun 1990 melalui Akta Udara Bersih 1990.

Maka perdagangan karbon mengkehendaki Negara maju yang menandatangani Protokol Kyoto mengurangkan jumlah pelepasan karbon bermula pada 2008 hingga 2012 pada tahap karbon yang lebih rendah berbanding pada tahun 1990…

bagaimana urusan jual beli karbon dilaksanakan?
Begini, Negara maju akan mengeluarkan dana dan diberikan kepada Negara menbangun untuk digunakan bagi melestarikan pemulihan hutan yang merupakan bekalan oksigen dunia dan penyerap karbon. Walaubagaimanapun perdagangan karbon lebih dari itu… ada juga istilah cap-and-trade, baseline-and-credit dan off-set trading yang bakal membuatkan kita pening kepala. Tetapi cukup untuk kita faham ia adalah proses jual beli yang cuba mengimbangi pelepasan karbon dan oksigen supaya pemanasan global dapat dikurangkan.

Ironinya perdagangan karbon ini adalah hukuman kepada Negara maju diatas kerakusan mereka sebelum ini memusnahkan hutan dengan tiket kemajuan sehingga begitu banyak bencana diterima penduduk dunia. Bagi Negara membangun ambillah iktibar, dalam kita mengejar kemajuan alam sekitar perlu diutamakan. Dana yang diberikan adalah hak alam sekitar untuk dipulihkan semula.
“Jika pohon terakhir telah ditebang,
Jika sungai terakhir telah tercemar,
Jika ikan terakhir telah ditangkap,
Baru manusia akan sedar,
Bahwa mereka tidak akan bisa makan wang.”

Putu Meidy Hartawan
Sekretaris PD KMHDI Jawa Timur

4 comments:

Iylia said...

peh..aku bc rs cm dgr ko bdebat la plak.hahah
pnuh dgn facts

mekarlid said...

huhu..xde la.
saja jek bg fact byk2..aku kan pencinta alam sekitar!

Nadia Nazifah said...

ntahnye along. aku boleh byg muke ko sambil cakap sume nih. hahah. berbakat la ko bedebatdebut ni. xmo la lawan ko debat lenkali. cewah. mcm penah lawan :p

mekarlid said...

Tu la pasal..bila aku lwn dgn ko ni..hahaha..biasa jek la aku berdebat..byk jgk merapu..