26 February 2009

Hari yg menyedihkan saya

erm...

Aku dah bekerja sekarang ni di Bandar Sri Damansara as multimedia executive. Sekarang ni duduk rumah sewa bujang..Alhamdulillah aku dapat keje walaupun keadaan gawat dan aku hanya bersandarkan pointer aku yg tak seberapa tu. Dapat jg la bekerja dlm area yg aku study di UTeM dulu..

Sebenarnya nak bercita pasal hari aku yg kurang memberangsangkan ni. Mlm td my housemate ajak tengok wayang movie Geng, upin ipin tu. Aku sedang kesempitan duit sebenarnye, tp sekiranya diri ini tidak joint aku akan keseorangan di rumah yg tak berapa nak besar tu. Jadi dalam keadaan terkebil2 + confius, aku ikut jg la walaupun duit dlm dompet sy hanya ada 2 keping wang kertas warna merah dan beberapa helai warna biru kecil (bukan yg besar tu). Itu shj amaun yg ada untuk bertahan lg 2 hari. Dalam cimb ada lg 10 rggt kot..ptptn dah habis semasa urusan mencari kerja dan interview, jg sewaktu memulakan hidup sebagai pekerja di Brilliance ini.

Aku telah memanjangkan kegusaran itu kpd en.Hafiz..Yela, dia jek yg selalunya memahami keadaan aku ni selain my family. Gaji aku masuk kedlm akaun rhb jumaat ni. So, sekarang ni aku mmg kekeringan wang2 kertas mahupun butiran syiling. Maka, dia telah membantu aku seadanya bagi menyelesaikan masalah aku itu.

Nak dijadikan cerita, wanita yg hebat ini dgn nafsu makannya yg agak kuat mlm td telah makan chicken chop rice berharga rm11.90 di foodcourt JJ kepong (jj yg hebat sebab besar dan ada tgv yg besar jg)ditambah lg dengan air milo ais, siap belanja k.Yi air nescafe ais ditambah lg membayar hutang k.Su rm5 (nasi kukus ayam berempah-makan masa hari isnin). Oh, Dila nape kau tak keluarkan duit dulu sebelum buat aktiviti ajaib di atas??

Selepas makan dgn enaknya, maka aku meminta izin dgn k.Ma untuk ke ATM. Melangkah penuh bergaya sambil menepis saler2 yg promote etiqa tu aku terus ke atm rhb sambil2 mata menjeling ke kedai jual selipar rm10, erm comel juga yg warna oren tu tp aku dh beli yg warna merah tergantung hujung sekali tu last week.

Sampai atm rhb aku try keluarkan duit hafiz kirim (dia tanya nak berapa, 50 ke, 100 ke, aku ni baik sangat mintak 30 jek) dlm akaun cimb. Oh! tidak mesin ini hanya mengeluarkan amaun rm50 shj. Ok, saya tak kisah, saya berurusan dgn mesin atm maybank hujung sana. Oh kamu berdua dah berpakat ye, 50 shj jg. Baik, saya jumpa semula rhb (rasa mcm buat marathon). Kali ni, saya guna kad rhb. Eh, salah no. pin, cuba lagi.uwa...salah lagi la, tu no. pin bank islam. Kad anda telah disekat - ayat di skrin rhb.

Aku berlalu dgn kehampaan, terus ke toilet tingkat atas. Keluar dari toilet, aku sms hafiz - sila call org. Uwa awak...blablabla (tak perlu la tahu luahan perasaan cik dila kepada en.hafiz).

to be continue...

No comments: