11 January 2010

Kalimah Allah di gereja : bagai badai melanda

Aku masih terkejut melihat latest news dari utusan n berita harian online pasal gereja kena serang jumaat lalu.Isu agama amat sensitif sehingga aku perlu berhati-hati dalam penulisan kali ni..Umum pun tahu mahkamah telah membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh akhbar Herald The Catholic Weekly.Keputusan ini telah mencetuskan kemarahan dan kebimbangan umat Islam di Malaysia termasuk aku lah..tanpa sempat aku benar2 meniliti isu ini, sudah ada perasaan kurang senang…sebagai umat Islam mesti lah aku rasa semacam tidak puas hati dengan keputusan tu..tetapi aku tetap sedar bahwa Allah swt adalah tuhan sekalian alam..sesiapa sahaja berhak menggunakan kalimah Allah namun perlu diletakkan pada keadaan yang tepat..Allah swt maha agung..Maha Esa..tidak beranak dan diperanakkan.

Aku begitu tertarik dengan beberapa artikel yang sempat aku cari untuk lebih memahami isu ini.Entah la kan kadang-kadang aku rasa perkara ni seolah-olah satu provokasi mahu mengaibkan umat islam di Malaysia yang didalangi pihak-pihak tertentu…pasti kita semua merasakan orang islam yang buat benda-benda ni sebab kita sedang menentang penggunaan nama Allah oleh penganut kristian di Malaysia..maka dengan mudah dalam keadaan getir begini serangan dilakukan..dan serangannya seolah-olah main cuit2 jek..Sudah la sensitiviti kita cuba dimainkan dengan penggunaan nama Allah..perkara seumpama ini memang boleh menjatuhkan maruah islam..aku tidak menuduh sesiapa malahan mengutuk keras kejadian ni..siapa tak sakit hati kalau tempat kita beribadah di rosakkan..sama jugak rasanya perasaan umat Islam di Palestin, bukan setakat diserang malahan dirampas pula, begitu juga di selatan Thai masjid berlumuran darah sehingga imam pun mati sewaktu sedang solat berjemaah..itu masjid, tempat beribadah lain tak tahu la pulak..dan apalagi media luar seperti biasa memainkan peranan hebat menyebarkan berita yang menyakitkan hati jek..seolah-olah, gereja di Malaysia di bom sampai orang-orang sedang beribadah pun mati di dalamnya…tak pun bercerita tentang hak beragama di Malaysia..oh! please la..nampak sangat kamu memang suka cari salah.
Ok saya ingin tenang kembali…

Dalam keadaan begini ramai yang buat kenyataan..ada yang kata di negara lain perkara ini bukan masalah besar malahan sudah difahami ramai pihak..tetapi mungkin yang kita tak faham adalah betapa sensitifnya soal agama dan budaya/bangsa di Malaysia ni. Keamanan dan kerohanian itu yang perlu difikirkan dengan lebih relevan lagi..bukan mudah untuk hidup 1 bumbung dengan manusia yang perlbagai ragam budaya dan fahaman ni..
Kenyataan dari JAKIM ni perlu kita sama2 diteliti.

Sebagai contoh, ketika surah al-Ikhlas diturunkan, ia membicarakan soal konflik
tentang siapakah sebenarnya Allah yang dituturkan oleh agama-agama lain itu.
Adakah ia tepat dan benar dengan konsep “Allah” sebagaimana yang digelar dan
dipanggil oleh mereka? Imam Ibn Kathir menukilkan kata-kata ‘Ikrimah tentang
perihal turunnya ayat ini.
Berkata ‘Ikrimah: “Ketika orang Yahudi mengatakan: Kami menyembah ‘Uzair anak
Allah. Orang Nasrani mengatakan: Kami menyembah al-Masih anak Allah. Majusi
pula mengatakan: Kami menyembah matahari dan bulan. Orang musyrikin pula
mengatakan: Kami menyembah berhala. Lalu Allah SWT menurunkan ke atas
Rasulullah SAW surah al-Ikhlas yang bermaksud: Katakanlah wahai Muhammad
bahawa Allah itu Esa, Allah itu tempat bergantung segala makhluk-Nya, Allah itu
tidak beranak dan tidak diperanakkan dan Allah itu tiada bagi-Nya sekutu”.
Oleh itu keputusan kerajaan untuk mengekalkan larangan penggunaan kalimah Allah
dalam penerbitan bukan Islam, sebagaimana yang telah diputuskan di dalam
mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Oktober dan 1 November 2006 adalah amat
bertepatan dan tidak boleh dipertikaikan sama sekali. Malah penggunaan kalimah
Allah, Baitullah, Solat dan Kaabah telah pun diwartakan hanya eksklusif buat umat
Islam sahaja di bawah Warta PU (A) 15/82 dan pekeliling KKDN. S.59/3/6/A bertarikh
5 Disember 1986.

Hurm..umat islam ada hak eksklusif di Malaysia..bukan mahu menidakkan hak2 agama lain tetapi penilaian yang lebih adil dalam mencari penyelesaian masalah ini perlu kita sama2 fikirkan seperti menarik rambut dalam tepung..kerana itu ketuanan orang melayu dan agama Islam dipelihara oleh Raja-raja melayu..mari pula kita lihat sejauh mana kita mendaulatkan institusi kesultanan?

To be continue when I rajin..

3 comments:

Nadia Nazifah said...

wow along, hebat gaya penulisan kamu. kamu kalau bab2 debat, memang hebat sekali. hehe. aku pun risau ttg ni along. apatah lagi bile ada yang bakar gereja. merosakkan nama islam saje. entah siapa dalang sebenarnya cerita ni. entah ape jadi lepas ni. semuanya mmg getir. dan menakutkan.

mekarlid said...

Itu bukan berdebat la noddy.huhu
luahan rasa jek..perasaan bimbang dgn apa yg berlaku sekarang..moga kes ni x meleret2.

syinteru152 said...

aha. aku spendapat ngn nodi la along~ bile bace entry kau yg neh trus teringat yg kau ialah pendebat 1 mse dlu. huhu