09 July 2010

Sotong Goreng Tepung

Kahkahkah...memang tak tahan la..lawak habis cite pasal Sotong World Cup tu..Paul nama dia. Aku memang blur habis bila kat rumah dok cite pasal sotong jek..Hakim dengan abang la, sikit2 sotong..mati2 ingat kartun sotong kat paper rupanya memang sotong kurita betul tue jadi ahli nujum pulaknye..bengong betul..dekat Hot pun cite pasal sotong. Tak pasal nak terpecaya ramalan sotong..agaknya dalam hati sotong tu "apa lah bengong sangat manusia ni tanya aku pasal world cup"..hahahaha.

Baca kosmo pagi ni lagi macam nak tergolek aku gelak sakan..sampai PM Sepanyol nak hantar pasukan perlindungan (pasukan ok) untuk sotong tu dekat Jerman sebab ramalan dia betul..takut2 penyokong Jerman nak makan sotong tu..Sebelum ni peminat Argentina dah ugut nak makan sotong tu. Tak cukup dengan tu, Menteri Perikanan pun nak minta Majlis Menteri Eropah (Majlis Eropah ok..hahaha) melarang Paul ditangkap. Menteri Perindustrian pun menyaran Paul dipindahkan ke Sepanyol..kahkahkah..ok la credit to Paul.

Awak nampak liat untuk dimakan Paul

Final World Cup isnin ini Belanda vs Sepanyol..saya sokong siapa? hahaha..Tak kisah dah but if Orange menang best juga yer..mood saya untuk World Cup memang sudah menurun sejak Argentina kalah..asyik terbayang muka Klose dan Ozil jek. Tak pasal terbayang muka pemain Jerman pulak..hehe. Perkara yang mustahak sekarang ini adalah..malam nanti saya akan bertolak ke kelantan yer..my bff nak kahwin..see ya!

07 July 2010

Talam Keladi

Hello my blog!
Bila terlalu banyak kerja ni mula lah rasa stress di sana sini..berhadapan pula dengan client bertitle gomen lagi la mental. Di company pula kita di level paling rendah mula lah rasa diri cam mentimun yang comel..banyak sangat arahan tapi bila silap apa2 kita balik yang kena. Adohai lumrah dunia..benda paling mencabar bagi seorang designer seperti aku ni bila bekerja dengan orang yang tak faham or di luar bidang kita. Advice macam mana pun dia nak juga ikut kepala dia yang macam durian tu. Dah la tak tahu kerja kita, kita terangkan tak nak pula faham..sabar jek la..

Patut la orang kreatif suka buat kerja sendiri, buat freelance la..buka bisness printing sendiri. Sebab letih kerja makan gaji ni, idea kita bukan dia hargai sangat pun..so no wonder la multimedia exec tak tahan lama di kerusi saya duduk ni..Tak tahan beb sorang2 jek di sini semua kena handle..sebenarnya saya paling tak tahan dengan kerenah client ni. Kerenah boss saya ok lg..rasa cam nak melawan jek tapi masih fikir nama baik company..tapi if ikut keras kepala saya memang nak lawan jek sorang2..banyak sangat benda yang saya boleh bangkang balik diorang cakap..our third party yang tolong kita orang pun nampak stress sangat tapi sabar jek..saya ni macam nak meletup2 dah. Baca email diorang pun saya dah bengang. i'm serius, if saya dah geram sangat saya lawan juga nanti saya nekad jek if kena buang kerje pun, because we still have kontrak beribu lagi dengan diorang..macam kena bayar untuk tidak melawan pula..jadi hamba dia pula buat kerja..hish sakit hati. Nak making decisoin pun berlapis2 macam kuih lapis. Bengang betul entry kali ni..kahkahkah. biasa la luahan perasan.

Bila stress dengan kerja saya jadi kuat tidur..lepas maghrib saya dah letih..so jangan harap la saya nak tengok bola pukul 2.30 pagi kan..hahaha..tak pasal ada kaitan dengan bola. Argentina dah kalah..4-0 pula tu..kalah menang memang adat perlawanan tapi sampai 4-0 tu agak kurang beradat.. tak pa la..saya still suka Messi..so next warna kegemaran saya adalah oren..tapi Jerman tu saya lihat orang senior yang cukup berpengalaman..team yang saya jangka ke final adalah Jerman vs Belanda..sapa2 menang pun saya tak kisah..saya juga mungkin tak menonton. Tapi tengok la nanti..mana tahu tiba2 semangat cap ayam datang menjelma..hehe
Daaa...

23 June 2010

Kek Lapis Pahang

Bulan ini sungguh seronok kerana World Cup..saya bukan gila bola pun tapi layan juga lah bola ni kadang2..bila ada masa terluang tengok la..Malam tadi entah apa kena saya pegi tengok USA lawan Algeria..match lagi 1 England lawan. saya kurang minat tengok Rooney sebenarnya tapi USA pun bukan diminati cuma Algeria sedikit mencuri tumpuan..Negara di bahagian manakah kamu? ingatkan orangnye gelap2 macam dari benua Afrika..buta geografi la saya ni. Ada pemain nama Matmour..macam kuih makmur pulak. Saya mahu lihat Argentina lawan tapi malam semalam tak mampu la nak tengok pukul 2 pagi..saya dah la akhir2 ni kuat tido..Messi pulak jadi kapten semalam..wah2.

Ok2..motif sebenar post kali ini adalah gambar di bawah..sebab tu title seperti di atas..padahal selalu jek title tak da kena mengena dengan entri...haha


Nama: Dayang Masyirnirta (macam salah jek aku eja)
Status: Sudah berpunya
Ketinggian: Tinggi sedikit dari Maradonna
Motif gambar: Hari lahir jatuh pada 14 Jun 2010 (sudah belated)
Ucapan: Semoga berbahagia selalu..ingat daku dalam doamu.
Sekian...

22 June 2010

Kuih Lapis

Owh! penuhnye sawang..berdebu,berkulat..erk tak nak la kulat..Berkurun tak update blog. Kerja memang la tak penah sudah sentiasa ada..Tapi penyakit M punca blog tak dilayan..hehe. Kad untuk bulan 5 pun dah lama siap..kenduri kahwin pun banyak dah attend..this weekend ada lagi di Alor Gajah..Ramai betul member kahwin..sepupu sepapat pun dah berpapan2 kahwin. Next year tidak syak lagi beratur panjang nak kahwin. Alhamdulillah masing2 nak bina masjid semoga diredhai Allah swt.

Bulan ini juga saya demam bola..yek2 jek..haha. My fav team dari dulu hingga kini..ARGENTINA la..ok sebabnya adalah..jersi biru putih itu cantik!..pemain hensem. mesti ada yang berambut panjang dan macho..hahaha..itu la wanita pandangan bukan2 saja kan..saya kenal Mohd Hafiz dulu pun rambutnya sedikit panjang dan agak macho..pasti bila si dia membaca sudah terbang ke langit..sekarang pun boleh berambut panjang lagi tapi I tak sanggup nak tengok prosess rambut itu panjang..sekian.

Ok masih mahu cerita tentang Argentina..saya tidak ada masalah sama Messi..dia memamg bagus main bola..tetapi Mohd Hafiz sampai hati kata dia pendek..cuba ukur dengan saya mesti Messi lagi tinggi tau..cuma saya ada sedikit kurang senang sama coach dia yang seperti gian mahu tendang bola..

Masih pasal bola..malam tadi di TV tulis POR lawan PRK..PRK tue perak ke..haha..korea utara sebenarnye..semua ala2 tentera..hujan membasahi padang..PRK dibelasah 7-0..macam mana boleh lepas Piala Dunia ni..if Malaysia agak2 berapa kena yer?..CR begitu yakin muka dia..berkali2 muka terpampang di TV..macam2 aksi ada..sedikit iri hati pada CR..hurm.

SEKIAN...

27 April 2010

Hi April!

Dah last week April br nak hi2..sangat lambat saya ni
Di bawah adalah hasil kerja untuk bulan April
5 orang jek staff lahir bulan 4..
Rajin pulak nak buat design lain2.
Saya agak berpuas hati dengan hasil bulan ini..








Saya baru beli punch bear di Daiso.
So excited guna..semua kad kalau boleh nak letak bear.
This month besday my bf..hehe
Tak da kad pun untuk dia..teruk tak saya?..hahaha
Sabar yer sayang...sedang berusaha.
This weekend nak jumpa kawan2 comel saya
Dayang, Iylia, Noddy, Farah, Ika and Natra.
Yippi!!!

05 April 2010

Orkid Jingga

Mood saya kurang baik sejak dari awal tahun.
huish lamanye..eh maybe last 2 week till now.
Macam tak ada idea jek nak buat apa2..
banyak makan maggi ke jadi lembab macam ni..erk! mana ada.
di bawah adalah kad untuk bulan Mac..
kecik cenonet betul macam tak ikhlas jek nak letak kat post..hahaha
saya mula berfikir sejak akhir2 ini tentang kerjaya saya.
saya selalu kekurangan idea..saya sibuk mencari tahu kenapa jadi begini.
saya terfikir adakah bagi orang lain kerja2 kreatif seperti menaip semula sebuah novel
hurm...boleh muntah kot, lagi2 novel cinta 20 juzuk, 5 ribu pages..heee gerunnye.
apa2 lah..semua kerja pun bukan mudah.

saya juga sedang jeleskan hakkim, kanak2 dalam gambar di bawah
dia sedang melalui zaman gembira kanak2nya..
Nape nak jeles pulak, dulu pun aku dah rasakan..
owh, memang bestkan..kalau kena marah or pukul nangis jek la..
besok2 buat lagi...masalah pergi begitu sahaja masa tido.
besok bangun dengan semangat baru nak main dekat taman..huh


Menggembirakan kanak2 akan buat kita gembira juga..percaya lah!

Saya prihatin!

Fikir dulu sebelum buang!



Owh..Happy Belated Birthday to my frens
saya doakan kesejahteraan mereka.


korang comel kan gambar ni ;-)

Maizatul Farahah - 4 April
Nadiatul Nazifah - 30 March

2010 kita dah 24 rupanya..macam mana aku boleh terkebil2 fikir kita masih 23..hahaha..
memang kompem tak stabil!

Dengan ini saya telah berhutang 3 keping kad!

Sekian terima kasih!

02 April 2010

Seroja Putih

Takziah buat keluarga Allahyarham Din Beramboi.
Kehilangan yang mengejutkan aku pagi tadi sewaktu dengar Hot.
Selalunya pagi2 aku dengar Era sebab suka sawancara.
Petang nak balik baru dengar Hot sebab suka jaja-warangers.
Tapi this week diorang tak da dekat konti..so dengar la Hot lagipun jawarangers best.
Dulu awal2 Arwah di Era, aku susa nak terima lawak dia..rasa macam gila sangat.
Dah lama2 rasa best..topik2 pagi era pun lagi best,
biasa la Pak Nil memang tak mengecewakan.
Arwah memang selamba..memang gelak jek dalam kereta dengar dia merepek2.
Memang terasa la bagi yang selalu dengar Era pagi2.

Raja Lawak 4 pun aku follow sebab ada dia.
suka nak dengar dia marah peserta yang memang entah2 apa2 tu.
Final Raja Lawak, I can see his face at stage..
dia merenung semua penonton seperti merakam kenangan malam tue.
Yup, ini kemuncak kerjayanya..Komen yang aku tak lupa
"Alex, kalau saya tiada lagi di radio era, awak ganti tempat saya"
dia sangat serius masa tue..mata pun nampak sayu dan berkaca.
Afdlin bangun and says "Tak tau pulak ko nak berhenti dari radio era"..
dan semua gelak..Arwah cuma senyum..he means it.
Kuasa Allah, siapa kita untuk menghalang segala ketentuan-Nya.
Be strong ok!

p/s: DJ era pagi ini merepek2 jek..jawarangers juga tahu handle kisah2 sedih ni..
p/s/s: tak perlu la cite pasal makan then gelak2 pulak..confius betul!


Al-Fatihah kepada Mior Ahmad Fuad Mior Badri